CGS-CIMB Research jangka GST kembali diperkenalkan pada masa hadapan | DagangNews Skip to main content

CGS-CIMB Research jangka GST kembali diperkenalkan pada masa hadapan

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 16 Okt - CGS-CIMB Research menjangkakan terdapat kemungkinan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) diperkenalkan semula pada masa hadapan dalam usaha kerajaan meningkatkan hasil negara.

 

Katanya, semasa pembentangan Belanjawan 2024 kerajaan mengambil keputusan untuk meningkatkan cukai perkhidmatan (SST) kepada 8% daripada 6%.

 

Menurut kerajaan, jangkaan peningkatan hasil cukai perkhidmatan hanya RM3.5 bilion, menunjukkan penambahan hasil masih terhad.

 

"Dengan langkah ini, peluang untuk kerjaan memperkenalkan semula GST masih ada.

 

"Sebagai alternatif, kerajaan juga mungkin melanjutkan kenaikan cukai jualan pada tahun-tahun akan datang," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

 

BACA JUGA: Kerajaan laksana Cukai Keuntungan Modal pada kadar 10%, SST 8% mulai 1 Mac 2024

 

Belanjawan 2024 tertumpu kepada peningkatan pendapatan bercukai dan pengurangan komitmen subsidi tetapi kerajaan menaikkan pemberian tunai daripada RM8 bilion kepada RM10 bilion serta peningkatan ketara dalam insentif penjawat awam kepada nilai maksimum RM2,000.

 

CGS-CIMB Research berkata, teradapat beberapa ramalan cukai tidak mengena termasuk cukai gula ke atas minuman pracampuran tidak diumumkan kerajaan tetapi digantikan dengan duti eksais yang lebih tinggi ke atas minuman bergula.

 

Sementara itu, terdapat usaha jelas bagi menangani peningkatan pemberian subsidi tetapi tiada langkah konkrit diumumkan di dalam Belanjawan 2024.

 

Bagaimanapun, 10% pengguna teratas akan mengalami pelaras semula tarif elektrik dan berdasarkan pengiraan firma itu, ia mungkin melibatkan pengguna domestik melebihi penggunaan 600kWj sebulan (bil bulanan RM220) dan mungkin datang seawal Disember 2023 berikutan tempoh semakan tarif elektrik separuh pertama 2024.

 

"Tiada komitmen pada RON95, hanya pada diesel, kerana kerajaan mungkin mahu menunggu sehingga Hab Pangkalan Data Pusat (PADU) siap pada suku pertama 2024," katanya. - DagangNews.com