CGS-CIMB Research kekal 'neutral' terhadap sektor automotif | DagangNews Skip to main content

CGS-CIMB Research kekal 'neutral' terhadap sektor automotif

oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 3 Nov - CGS-CIMB Research mengekalkan penarafan 'neutral' terhadap sektor automotif dan pada masa sama berkata, jumlah jualan kenderaan (TIV) bagi September 2022 adalah mendatar.

 

Firma itu berkata, bagaimanapun TIV bagi 3QFY22 berkembang sebanyak 8% dari suku ke suku tahun kewangan.

 

Katanya, perkembangan itu didorong oleh jumlah pengeluaran di Proton Holdings Berhad.

 

Firma itu berkata, TIV bagi 9MFY22 melonjak sebanyak 62% dari tahun ke tahun.

 

"Kami menjangkakan sektor ini akan mencatatkan pertumbuhan positif pada 3QFY22 didorong oleh penghantaran TIV yang lebih tinggi tetapi prestasi pendapatan sektor boleh diimbangi opex (perbelanjaan operasi) yang lebih tinggi memandangkan pergerakan mata wang asing yang tidak menggalakkan selain tekanan inflasi kesan daripada peningkatan kos bahan mentah serta tenaga kerja.

 

"Purata kadar ringgit/ dolar amerika syarikat jatuh sebanyak 3.0% dari suku rahun ke suku tahun dan 6.8% dari tahun ke tahun pada 3QFY22," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

 

Firma itu menaikkan TIV 2022 sebanyak 5% kepada 667,000 memandangkan tempahan tertunggak yang kukuh dan pelancaran baharu, sambil menambah bahawa TIV yang disemak itu mendahului unjuran 630,000 MAA sebanyak 6%.

 

"Kami kekal 'neutral' terhadap sektor automotif. 

 

"Bermaz Auto Berhad menjadi pilihan utama kami didorong perkembangan pegangan pasaran dengan pertambahan Kia dan Peugeot," katanya. - DagangNews.com