CGS-CIMB Research unjur margin EBITDA Kontra Industries menyusut bagi 1QFY23 | DagangNews Skip to main content

CGS-CIMB Research unjur margin EBITDA Kontra Industries menyusut bagi 1QFY23

oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 14 Nov - CGS-CIMB Research mengujurkan margin pendapatan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (EBITDA) Kontra Industries Berhad bagi 1QFY23 akan menurun dari tahun ke tahun kesan daripada normalisasi jualan (campuran jualan yang tinggi bagi produk dengan margin keuntungan rendah).

 

Firma itu berkata, unjuran penurunan itu juga dibuat berdasarkan kos promosi dan iklan (ditangguhkan semasa penularan COVID-19) serta tekanan daripada kos input merangkumi harga bahan aktif farmaseutikal yang tinggi didorong kelemahan harga ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).

 

"Dari sudut positif, kelemahan nilai ringgit tidak begitu menjejaskan pendapatan Kotra kerana kebanyakan bahan mentah untuk produk aktif farmaseutikal dibeli daripada pengeluar tempatan dalam Ringgit Malaysia," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

 

Firma itu berkata, kumpulan itu dijangka mengeluarkan keputusan kewangan 1QFY23 pada hujung November 2022.

 

Mereka menjangkakan untung bersih teras 1QFY23 berada anatara 4% hingga 18% dari tahun ke tahun kepada RM12 juta hingga RM14 juta dengan pertumbuhan sederhana akan diimbangi dengan normalisasi campuran jualan serta kos yang lebih tinggi.

 

"Kami juga melihat untung bersih teras merosot 10% hingga 23% dari suku ke suku kerana pendapatan dan cukai lain mungkin menjadi normal (4QFY22 dirangsang oleh pengiktirafan aset cukai tertunda RM4.7 juta).

 

"Kami menjangkakan keputusan 1QFY23 secara amnya sejajar pada 23% hingga 26% daripada ramalan FY23 kami yang disemak semula dan 22% hingga 25% daripada unjuran konsensus Bloomberg," katanya.

 

Firma itu menyemak turun penarafan kumpulan kepada 'pegang' berbanding 'tambah' dengan harga sasaran (TP) lebih tinggi RM5.12.

 

"Kami juga menyemak turun pendapatan sesaham (EPS) kumpulan antara 1% hingga 4% atas sebab-sebab tertentu tetapi kami menyukai mereka berdasarkan kepada kedudukan kewangan selain penurusan yang cekap," katanya. - DagangNews.com