Oleh ANIS FARHANAH MALEK
anisfarhanah@dagangnews.com
KUALA LUMPUR 17 Ogos - CGS-CIMB Research saran untuk ‘tambah’ saham Pentamaster Corporation Berhad (Pentamaster) daripada ‘pegang’ sebelum ini dengan sasaran harga kekal RM4.80.
Saham syarikat kejuruteraan dan automasi itu turun 14% daripada angka tertingginya pada 5 Ogos lalu.
“Kami melihat penurunan harga sahamnya sebelum ini menawarkan peluang untuk masuk semula memandangkan saham berkenaan masih lagi didagangkan pada kadar diskaun 15% dengan min 31x bagi tahun kewangan 2021 sektor peralatan ujian Malaysia,” jelas CGS-CIMB menerusi analisis laporannya.
Aplikasi penderiaan 3D yang kian meningkat dan kelulusan FDA bagi perubatan yang boleh dipakai akan melonjakkan harga saham Pentamaster.
Bagaimanapun, kelewatan untuk mendapatkan kelulusan FDA atau pandemik COVID-19 terus berpanjangan akan menjejaskan prestasi saham berkenaan.
Dalam pada itu, keuntungan bersih Pentamaster bagi suku kedua 2020 jatuh 32% berbanding tempoh sama tahun lalu kepada RM16.2 juta, seperti yang diramalkan CGS-CIMB.
Baca : Keuntungan bersih Q2 Pentamaster dijangka susut 33%, kata CGS-CIMB
Penurunan itu didorong oleh ujian automatik jumlah penjualan peralatan (ATE) yang lebih rendah berikutan penghantaran projek dan pemasangan tapak tergendala kerana sekatan perjalanan dan logistik memberi kesan ke atas aktiviti melibatkan ATE.
“Hasil suku kedua 2020 meningkat 2.9% berbanding suku pertama kepada RM103 juta yang didorong oleh peningkatan jualan ETA dalam segmen semikonduktor dan telekomunikasi dengan catatan pertumbuhan jualan masing-masing adalah 226% dan 7%.
“Kumpulan syarikat menunjukkan pemulihan kukuh dalam segmen semikonduktor kepada penjualan yang lebih tinggi bagi penguji pemeriksaan optik automatiknya untuk cip yang dimasukkan ke dalam komputer peribadi dan peranti mudah alih.
“Bagaimanapun, penghantaran bagi segmen automotif dan elektronik pengguna mencatatkan penurunan jualan masing-masing sebanyak 42% dan 49%,” tambah CGS-CIMB.
Sehubungan itu, CGS-CIMB menjangkakan perolehan Pentamaster akan melonjak semula pada kewangan separuh kedua 2020 didorong oleh penghantaran semula ke negara-negara seperti Singapura dan Taiwan sejak Julai lalu. - DagangNews.com