KUALA LUMPUR 21 Okt - CGS-CIMB Research mengujurkan peningkatan utung teras bersih (CNP) HPP Holdings Berhad sebanyak 63% pada FY23 selepas menyemak naik margin teras kasar daripada 2.5% kepada 28.5%.
Firma itu berkata, unjuran itu adalah berdasarkan produk campuran yang lebih baik daripada hasil jualan produk pembungkusan dengan margin yang lebih tinggi.
Selain itu, permintaan yang lebih baik berdasarkan skala ekonomi yang akan mendorong kadar penggunaa yang lebih tinggi untuk kemudahan percetakan selain kecekapan operasi yang lebih tinggi pada kawalan kos yang lebih baik.
"Kami meningkatkan unjuran jangkaan perolehan sesaham (EPS) untuk FY23-25 sebanyak 11.4%-14.7% bagi mencerminkan magin untung kasar yang lebih tinggi daripada campuran produk yang lebih baik dan skala ekonomi yang lebih tinggi," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.
Terdahulu keuntungan bersih kumpulan itu bagi 1QFY23 meningkat dua kali ganda kepada RM4.28 juta berbanding RM1.98 juta bagi tempoh sama tahun lalu hasil daripada jualan yang lebih tinggi dan pertukaran asing yang menggalakkan.
Pendapatan yang lebih kukuh adalah hasil jualan lebih tinggi di Mexico dan Thailand selain mendapat manfaat daripada kejatuhan nilai ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat.
Firma itu berkata, kumpulan itu percaya permintaan luar untuk barangan akan kekal stabil, terutamanya bagi produk elektrik dan elektronik pengguna (E&E).
Katanya, kumpulan itu juga secara aktif mempelbagaikan pelanggan dalam industri lain dan tidak terlalu bergantung kepada pelanggan khusus dalam industri E&E pengguna.
"Kami mengekalkan saranan 'beli' dengan harga sasaran (TP) lebih tinggi, 55 sen berbanding 48 sen sesaham," katanya. - DagangNews.com