CGS-CIMB unjur Alliance Bank capai untung bersih RM224.5 juta pada 4QFY23 didorong pendapatan bukan faedah lebih kukuh | DagangNews Skip to main content

CGS-CIMB unjur Alliance Bank capai untung bersih RM224.5 juta pada 4QFY23 didorong pendapatan bukan faedah lebih kukuh

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 1 Mac - CGS-CIMB Research mengunjurkan keuntungan bersih sebanyak RM224.5 juta bagi Alliance Bank Malaysia Berhad bagi 4QFY23 dengan jangkaan pendapatan bukan faedah yang lebih kukuh pada suku tersebut.

 

Firma itu berkata, unjuran itu juga dibuat berdasarkan potensi ketiaan kerugian pertukaran mata wang asing sebanyak RM32.8 juta pada 3QFY23.

 

Katanya, perkara itu akan diterjemahkan kepada untung oerkembangan untung bersih dari suku tahun ke suku tahun sebanyak 26.7% pada 4QFY23.

 

"Pertumbuhan untung bersih dari tahun ke tahun pada 4QFY23 akan menjadi lebih kukuh pada 117.9% kerana keuntungan bersih 4QFY22 terkesan oleh cukai Cukai Makmur dan peruntukan kerugian pinjaman yang tinggi," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

 

Terdahulu, bank itu mencatatkan untung bersih sebanyak RM177.10 juta pada suku ketiga berakhir 31 Disember 2022, meningkat daripada RM151.02 juta dicatatkan pada suku tahun sama pada setahun yang lepas.

 

Perolehan dalam tempoh tersebut meningkat kepada RM496.55 juta berbanding RM480.18 juta sebelum ini.

 

BACA JUGA: Untung bersih Alliance Bank meningkat 17% kepada RM548 juta bagi 9MFY23

 

Firma itu berkata, walaupun untung bersih 9MFY23 bank itu menyumbang 71% daripada unjuran tahun penuh namun percaya keuntungan bersih 4QFY23 yang lebih kukuh.

 

"Pada 80.1% daripada anggaran konsensus Bloomberg, kami menganggap keuntungan bersih 9MFY23 melebihi jangkaan pasaran.

 

"Untung bersih 9MFY23 meningkat kukuh 16.6% didorong ketiadaan cukai Cukai Makmur dan kejatuhan 34.9% dalam peruntukan kerugian pinjaman," katanya.

 

Firma itu mengekalkan saranan 'pegang' dengan harga sasaran (TP) RM3.85 sesaham. - DagangNews.com