Chin Well berdepan prospek mencabar kesan sentimen pasaran tidak menentu - RHB Research | DagangNews Skip to main content

Chin Well berdepan prospek mencabar kesan sentimen pasaran tidak menentu - RHB Research

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 2 Mac - RHB Research mengunjurkan prospek mencabar untuk Chin Well Holdings Berhad untuk beberapa suku tahun akan datang kesan kelembapan permintaan berterusan daripada sentimen pasaran yang tidak menentu.

 

Firma itu berkata, purata harga jualan (ASP) bagi produk kumpulan itu kekal lemah berikutan kadar pesanan yang lebih perlahan daripada pasaran global.

 

Katanya, kenaikan harga rod dawai keluli (+11% sejak pembukaan semula sempadan China) yang merupakan komponen utama bahan mentahnya boleh menyebabkan penyusutan margin keuntungan pada masa akan datang.

 

"Bagaimanapun, pengurusan menjangkakan jualan akan diimbangi penyambungan semula projek pembinaan tempatan dibawah kerajaan perpaduan.

 

"Segmen penikat DIY yang memperoleh margin keuntungan yang lebih tinggi kekal sebagai fokus utama kumpulan dengan segmen itu membentuk 25% daripada hasil FY22 kumpulan," katanya dalam satu nota kajia, hari ini.

 

Firma itu berkata, pendapatan teras 1HFY23 berjaya memenuhi jangkaan dengan ASP dan permintaan untuk produknya dijangka berkurangan disebabkan oleh jangkaan tekanan makroekonomi pada separuh kedua.

 

"Kami percaya FY23 akan menjadi tahun yang tidak memberangsangkan untuk kumpulan itu.

 

"Bagaimanapun, penilaian pada purata semasa adalah adil memandangkan prospek 2023 yang tidak memberangsangkan, disokong oleh hasil dividen 5%," katanya.

 

Firma itu mengekalkan saranan 'neutral' dengan harga sasaran (TP) RM1.57 sesaham.

 

Bagaimanapun, kumpulan itu berdepan beberapa cabaran termasuk turun naik harga bahan mentah, kekurangan tenaga kerja dan ketidakstabilan kadar tukaran mata wang asing. - DagangNews.com