CIMB, Petronas perkenal Kad Kredit Visa Islamik baharu dan peluang bawa pulang Hyundai Kona menerusi pertandingan ‘Drive4Rebat Hebat’ | DagangNews Skip to main content

CIMB, Petronas perkenal Kad Kredit Visa Islamik baharu dan peluang bawa pulang Hyundai Kona menerusi pertandingan ‘Drive4Rebat Hebat’

Khalil J M Muri (kiri) dan Effendy Shahul Hamid ketika pelancaran Kad Kredit Visa Islamik CIMB Petronas serta pertandingan ‘Drive4Rebat Hebat’ dengan pemandu bertuah berpeluang membawa pulang Hyundai Kona.
Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 22 Mei - CIMB Islamic Bank Berhad dengan kerjasama Petronas Dagangan Berhad memperkenalkan Kad Kredit Visa Islamik CIMB Petronas dengan rebat tunai Petronas tertinggi di pasaran.

 

Kad Kredit CIMB Petronas Visa Infinite-i dan CIMB Petronas Visa Platinum-i juga merupakan kad yang pertama di Malaysia yang menawarkan rebat tunai kepada pengguna untuk pengecasan kenderaan elektrik (EV) di stesen Petronas serta parkir kereta tanpa tunai di seluruh negara.

 

Sempena dengan pelancaran tersebut, CIMB dan Petronas turut mengumumkan Peraduan ‘Drive4Rebat Hebat’ yang memberi peluang kepada seorang pemegang kad baharu yang bertuah  untuk membawa pulang sebuah Hyundai Kona yang baharu sebagai hadiah utama. 

 

Selain itu, 15 pemenang bulanan akan memenangi baucar petrol di Petronas selama setahun yangbernilai RM1,000 setiap satu, dan 200 pemenang saguhati bulanan akan diberi ganjaran baucar Setel RM50 setiap satu. 

 

Berlangsung dari 1 Jun hingga 31 Ogos 2023*, peraduan ini terbuka kepada semua pemegang kad baharu dan sedia ada, dan bertujuan untuk memberi ganjaran dan nilai tambah kepada pelanggan yang berbelanja di Petronas.

 

Kad tersebut menawarkan rebat tunai sehingga 12% untuk petrol, Setel dan pengecasan EV di Petronas.

 

CIMB Petronas Visa Infinite-i memberi ganjaran rebat tunai sehingga RM120  sebulan, termasuk pulangan tunai sehingga 6% untuk barangan runcit, tempat makan dan parkir kereta tanpa tunai untuk membantu pengguna menguruskan kewangan harian mereka dengan lebih baik.

 

Selain rebat tunai, pemegang kad juga boleh mendapatkan manfaat 0% Easy Pay CIMB dengan bayaran ansuran tanpa faedah ke atas perkhidmatan servis kereta di lebih 50 pusat servis Proton dan Perodua di seluruh negara.

 

Ketua Pegawai Eksekutif, Perbankan Pengguna dan Digital Kumpulan CIMB, Effendy Shahul Hamid berkata, pihaknya teruja kerana dapat  terus bekerjasama dengan Petronas selama lebih 15 tahun termasuk dengan pengenalan Kad Kredit Visa Islamic CIMB Petronas termasuk kad petrol Visa Infinite yang pertama di pasaran. 

 

"Tawaran ini menunjukkan komitmen kami untuk sentiasa memperkenalkan penyelesaian kewangan inovatif yang memberikan nilai yang lebih besar untuk pelanggan kami. Produk ini turut memberi ganjaran kepada pengguna dalam peralihan mereka ke arah gaya hidup tanpa tunai serta mampan," katanya.

 

Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi, Petronas Dagangan, Khalil J M Muri berkata, kerjasama antara Petronas dan CIMB menunjukkan usaha berterusan mereka dalam menyampaikan pengalaman pelanggan yang luar biasa selaras dengan komitmen mereka untuk menambah baik dan memudahkan kehidupan pelanggan.”

 

Semua pemegang kad utama dan kad tambahan Visa Islamic CIMB Petronas layak untuk menyertai Peraduan 'Drive4Rebat Hebat' yang akan berlangsung dari 1 Jun - 31 Ogos 2023. - DagangNews.com