CIMB sasar pulangan ke atas ekuiti antara 10.2% hingga 11% bagi FY23 - RHB Research | DagangNews Skip to main content

CIMB sasar pulangan ke atas ekuiti antara 10.2% hingga 11% bagi FY23 - RHB Research

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 9 Mac - CIMB Group Holdings Berhad sasarkan pulangan ke atas ekuiti (ROE) antara 10.2% hingga 11% bagi tahun kewangan 2023 (FY23) berbanding 9% pada FY22 disokong pengurangan kos kredit.

 

RHB Research berkata, pertumbuhan pinjaman dijangka sederhana kepada 5-6% (FY22: 7.7%), memandangkan kumpulan itu mengambil pendekatan yang diterajui liabiliti terhadap pertumbuhan dan persaingan deposit yang sengit.

 

Katanya, mampatan margin faedah bersih (NIM) berada pada paras 5-10bps dan tekanan NIM akan meningkat dalam tempoh terdekat sebelum berkurangan pada separuh kedua 2023. 

 

"Kami berpendapat pendekatan pertumbuhan yang diterajui liabiliti memandangkan ketidaktentuan makroekonomi yang berlaku.

 

"Kami juga menyukai rancangan pengurusan untuk menggunakan semula sebarang tindanan berlebihan untuk menyokong penimbal kemerosotan nilai (jumlah tindanan sebanyak MYR2.9 bilion pada akhir 2022)," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

 

Terdahulu, untung bersih CIMB bagi suku keempat berakhir 31 Disember 2022 (4QFY22) melonjak kepada RM1.32 bilion dan hasil kumpulan meningkat sebanyak 13.8% kepada RM5.2 bilion berbanding RM4.6 bilion sebelum ini.

 

Untung teras sebelum cukai bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2022 (FY22) melonjak 33.8% kepada RM8.49 bilion.

 

Firma itu mengekalkan saranan 'beli' dengan harga sasaran (TP) RM6.40 lebih rendah berbanding RM7.00 sesaham. - DagangNews.com