CIMB Securities kekal saranan 'overweight' terhadap sektor perbankan, didorong pertumbuhan pinjaman 6.4% pada Julai 2024 | DagangNews Skip to main content

CIMB Securities kekal saranan 'overweight' terhadap sektor perbankan, didorong pertumbuhan pinjaman 6.4% pada Julai 2024

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 4 Sept - CIMB Securities mengekalkan saranan 'overweight' terhadap sektor perbankan berikutan pertumbuhan pinjaman positif sebanyak 6.4% pada Julai 2024.

 

Firma penyelidikan itu berkata, petunjuk pinjaman utama meningkat dengan kukuh disokong oleh segmen isi rumah.

 

Katanya, pertumbuhan itu menunjukkan segmen isi rumah berjaya mengatasi ketidakpastian yang timbul daripada pelan rasionalisasi diesel bermula pada 10 Jun 2024.

 

"Pinjaman terjejas kasar stabil pada Julai 2024, lebih baik sedikit sebanyak 0.8% lebih rendah atau merosot RM293 juta bulan ke bulan.

 

"Nisbah pinjaman terjejas kasar tidak berubah pada 1.6% pada Julai 2024, berbanding 1.6% pada bulan sebelumnya," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

 

CIMB Securities berkata, perlindungan kerugian pinjaman terus mengukuh kepada 91.8% pada Julai 2024 berbanding 91.7% pada bulan sebelumnya.

 

Hong Leong Bank Bhd dan AMMB Holdings Berhad merupakan pilihan Utama CIMB SEcurities dalam sektor itu.

 

"Kami mengekalkan saranan 'overweight' dengan pemangkin penarafan semula selanjutnya ialah keuntungan bon pendapatan bukan faedah selain anggaran peningkatan purata pendapatan sebanyak 6% untuk setiap penurunan 50 mata asas (bps) dalam hasil bon. 

 

"Terdapat juga kemungkinan peningkatan kepada pertumbuhan pinjaman dengan peningkatan pendapatan bersih dua tahun hadapan sektor sebanyak 5% bagi setiap peningkatan 2 mata peratusan (ppt) dalam pertumbuhan pinjaman.

 

"Risiko utama ialah inflasi luaran yang tidak dijangka menyebabkan kenaikan kadar luaran, aliran keluar mudah tunai dan kualiti aset yang lebih buruk daripada jangkaan," katanya.- DagangNews.com