KUALA LUMPUR 13 Mac - TA Research menjangkakan CJ Century Logistics Holdings Berhad akan terus berdepan takanan kos pada FY23 kesan daripada peningkatan surcaj pelepasan kos tidak seimbang (ICPT) serta kos tenaga kerja.
Firma itu berkata, bagi mengurangkan tekanan kos, pihak pengurusan telah menggariskan beberapa strategi untuk memacu hasil lebih tinggi dan mengurangkan kos operasi bukan gaji pada FY23.
Katanya, ia termasuk pengembangan usaha pemerolehan pelanggan kargo dengan memanfaatkan sokongan daripada syarikat induknya.
"Kumpulan itu telah menyusun semula pasukan pengangkutannya yang kini diuruskan sebagai sebahagian daripada rangkaian pengangkutan CJ Logistics Global.
"Ini, ditambah dengan pengembangan perniagaan pelanggan sedia ada, ia akan memacu jumlah kargo lebih tinggi sebanyak 10% hingga 15% pada FY23.
"Dari segi kos, pemasangan panel solar fotovoltaik (PV) berjumlah 900+kwp di dua pusat pengedaran, penggunaan dipercepatkan pendigitalan dan pembangunan penyelesaian logistik yang didayakan teknologi dijangka mengurangkan kos operasi bukan gaji sebanyak 3-5%," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.
Fima itu menjangkakan segmen perkhidmatan perolehan logistik akan mencapai satu lagi rekod hasil daripada pemasangan dan eksport elektrik dan elektronik (E&E) tahun ini untuk menampung permintaan global yang teguhterutamanya dari negara peserta Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP).
Di samping itu, pembukaan semula China akan memberi petanda baik untuk proses pengeluaran kerana bekalan komponen dari China mungkin stabil dan boleh diramal tahun ini.
Firma itu mengekalkan saranan 'beli' dengan harga sasaran (TP) 88 sen sesaham. - DagangNews.com