COVID-19: 207 kes kematian tertinggi semalam, 184 adalah adalah warganegara | DagangNews Skip to main content

COVID-19: 207 kes kematian tertinggi semalam, 184 adalah adalah warganegara

COVID-19

KUALA LUMPUR 27 Julai - Disebalik peningkatan kes jangkitan baharu wabak COVID-19, Malaysia turut mencatatkan kes kematian yang tertinggi sebanyak 207 semalam.

 

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah berkenaan sekali gus mengatasi angka kematian tertinggi sebelum ini seramai 199 pada 21 Julai baru-baru ini.

 

Katanya, kematian tertinggi itu melibatkan 184 warganenara dan 23 bukan warganegara.

 

"Peningkatan jumlah kematian tersebut sekali gus menjadikan jumlah kumulatif kematian di negara ini meningkat kepada 8,201 kes bersamaan dengan 0.80% daripada jumlah keseluruhan kes.

 

“Jumlah kes sembuh dalam tempoh 24 jam lepas adalah 9,372, menjadikan jumlah kumulatif 853,913 kes atau  83.1%, manakala  kes aktif kini sebanyak 165,840 kes,” katanya seperti dilapor Bernama.

 

Mengulas lanjut, beliau berkata, sebanyak 207 kes kematian yang dicatatkan hari ini melibatkan 57 kes di Selangor, diikuti Kuala Lumpur (52), Johor (24), Kedah (19) dan Melaka (18), Negeri Sembilan (14), Pahang (7), Sabah (6), Perak (5), Pulau Pinang (3) dan Terengganu (2).

 

Daripada 14,516 kes baharu yang dilaporkan hari ini menunjukkan 95 kes atau 0.7% (97.9% kes tiada sejarah vaksinasi) adalah daripada Kategori 5 iaitu kes kritikal dan memerlukan bantuan pernafasan.

 

“Sebanyak 77 kes atau 0.5% (85.7% kes tiada sejarah vaksinasi) adalah Kategori 4 (radang paru-paru dan memerlukan bantuan oksigen), manakala 83 kes atau 0.6% (67.5% kes tiada sejarah vaksinasi) adalah Kategori 3 (radang paru-paru).

 

“Sejumlah 7,045 kes atau  48.5% (87.6% kes tiada sejarah vaksinasi) adalah Kategori 2 (bergejala ringan) dan 7,216 kes atau  49.7% (95.6% kes tiada sejarah vaksinasi) adalah Kategori 1 (tidak bergejala),” katanya. - DagangNews.com