COVID-19 terus 'bersarang' di Malaysia, kes melonjak kepada 13,215 | DagangNews Skip to main content

COVID-19 terus 'bersarang' di Malaysia, kes melonjak kepada 13,215

COVID-19

Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
arief@dagangnews.com

 

 

KUALA LUMPUR 15 Julai - Selepas mencatatkan kadar jangkitan COVID-19 lebih 11,000 kes selama dua hari berturut-turut, wabak berkenaan bagaikan terus 'bersarang' di Malaysia apabila jangkitan kes melonjak kepada 13,215 hari ini.

 

Jumlah berkenaan sekali gus mencatat rekod jangkitan harian yang tertinggi sejak wabak berkenaan melanda negara.

 

Menurut status terkini COVID-19 yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini, jumlah berkenaan meningkat sebanyak 1,597 berbanding 11,618 kes harian yang dicatatkan semalam.

 

.

 

Selangor terus mendahului negeri-negeri lain dengan jumlah jangkitan harian sebanyak 6,120 kes.

 

Jumlah berkenaan diikuti Negeri Sembilan (1,603 kes), Kuala Lumpur (1,499 kes), Kedah (695 kes), Johor (599 kes) dan Pulau Pinang (509 kes).

 

Sementara itu, Melaka (484 kes), Sabah (370 kes), Sarawak (363 kes), Perak (344 kes), Kelantan (255 kes), Sabah (370) dan Sarawak (363).

 

Pahang, Terengganu, Putrajaya dan Labuan masing-masing mencatatkan kes jangkitan harian sebanyak 222, 70, 53 dan 26 kes.

 

,

 

Perlis bagaimanapun kekal dengan jumlah jangkitan harian sebanyak tiga kes.

 

Hingga hari ini, Malaysia mencatatkan jumlah keseluruhan kes COVID-19 sebanyak 880,782 berbanding 867,567 yang direkodkan semalam. 

 

Dalam pada itu, sebanyak 6,095 kes sembuh baharu dicatatkan hari ini.

 

Bagi jumlah kematian pula, sebanyak 110 kematian direkodkan bagi tempoh sama. - DagangNews.com