CTOS Digital berpotensi lepasi sasaran perkembangan perniagaan FY22 - RHB Research | DagangNews Skip to main content

CTOS Digital berpotensi lepasi sasaran perkembangan perniagaan FY22 - RHB Research

oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 28 Okt - CTOS Digital Berhad berada di landasan terbaik untuk mengatasi sasaran perkembangan perniagaan bagi FY22 selepas segmen perniagaan dan syarikat bersekutunya menunjukkan trajektori positif. 

 

RHB Research berkata, kumpulan itu positif mengenai kemampanan prestasinya memasuki 4QFY22, memandangkan keperluan yang semakin meningkat untuk penyelesaian digital seperti sistem pengesahan identiti digital (eKYC), CAD dan IDGuard.

 

Katanya, ia juga aka disokong dengan pelancaran penyelesaian Pinjaman Kewangan Digital dengan sinergi bersama Juris Technologies (JurisTech) dan kerjasama tiga syarikat penyedia pinjaman kewangan digital.

 

"Pelancaran terbaharu Insurans Kereta CTOS dan platform dalam talian bagi pemeriksaan kenderaan adalah penyelesaian baharu dalam mengembangkan segmen penggunanya.

 

"Kami juga menyemak naik unjuran pendapatan kumpulan bagi FY22-23 sebanyak 10.4% dan 4,4% kesan daripada susut nilai perbelanjaan dan peningkatan sumbangan daripada syarikat bersekutu," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

 

Terdahulu, untung bersih kumpulan itu melonjak 95% kepada RM22.76 juta bagi 3QFY22 didorong oleh hasil yang lebih tinggi dan bahagian keuntungan daripada syarikat bersekutu.

 

Perolehan kumpulan pelaporan kredit bagi suku tersebut melonjak 37% kepada RM52.85 juta daripada RM38.57 juta, apabila hasil daripada operasi di Malaysia meningkat 28.7% kepada RM47.65 juta daripada RM37.01 juta, manakala hasil daripada operasi antarabangsanya meningkat kepada RM5.2 juta daripada RM1.56 juta.

 

Kumpulan itu juga mencatat bahagian keuntungan yang lebih tinggi daripada syarikat bersekutu sebanyak RM5.93 juta pada 3QFY2022 berbanding RM2.17 juta setahun lalu.

 

Firma itu mengekalkan saranan 'beli' dengan harga sasaran (TP) lebih rendah sebanyak RM1.92 berbanding RM2.22 sebelum ini. - DagangNews.com