Danny Leong dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Revenue Group berkuat kuasa 6 Januari 2023 | DagangNews Skip to main content

Danny Leong dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Revenue Group berkuat kuasa 6 Januari 2023

Danny Leong Kah Chern
oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 6 Jan - Revenue Group Berhad melantik Danny Leong Kah Chern sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan yang baharu berkuat kuasa 6 Januari 2023.

 

Danny memiliki pengalaman melebihi 28 tahun dalam mengemudi pertumbuhan syarikat di seluruh ASEAN terutama dalam bidang teknologi kewangan, pembayaran, telekomunikasi, perundingan, automotif serta peruncitan makanan dan minuman (F&B).

 

Sebelum menyertai Revenue, beliau berkhidmat sebagai CEO kumpulan untuk dua syarikat tersenarai pasaran utama, iaitu GHL Systems Bhd dan Cuscapi Bhd. Selain itu, beliau merupakan pengasas bersama Adeptis Solutions Sdn Bhd.

 

Sebelum menyertai Revenue, beliau berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan untuk dua syarikat tersenarai pasaran utama, iaitu GHL Systems Berhad serta Cuscapi Berhad dan beliau merupakan pengasas bersama Adeptis Solutions Sdn. Bhd.

 

Beliau teruja untuk menyertai syarikat itu kerana melihat peluang pertumbuhan yang luar biasa dalam kumpulan itu selain menyifatkan mereka berada di sektor yang betul pada masa yang sesuai.

 

BACA JUGA: Revenue gantung tugas dua Pengarah Eksekutif sementara tunggu hasil siasatan `aduan tertentu'

 

BACA JUGA: Revenue dakwa pengarah digantung rampas dokumen syarikat secara tidak sah

 

"E-pembayaran adalah salah satu daripada trend yang dikenal pasti untuk sekurang-kurangnya dekad akan datang. Jadi kami perlu bergerak pantas, berinovasi dan menyesuaikan diri dengan perubahan teknologi untuk terus mengikuti trend itu.

 

"Tumpuan saya adalah untuk merangka dan melaksanakan strategi jangka panjang bagi memastikan pertumbuhan keuntungan yang mampan untuk Revenue pada masa hadapan,” katanya.

 

Pengarah Urusan Revenue, Datuk Eddie Ng Chee Siong berkata, syarikat itu berbesar hati mengalu-alukan kehadiran Danny.

 

"Sebagai sebuah syarikat pasaran utama yang mempunyai prospek pertumbuhan yang panjang, sudah tiba masanya kita menyerahkan baton kepada golongan profesional untuk mengangkat syarikat ke peringkat yang lebih tinggi.

 

"Memandangkan rekod prestasi Danny, kemahiran pelaksanaan, serta kepakaran, khususnya dalam pembayaran dan sektor berkaitan teknologi, dia adalah orang yang tepat untuk memimpin pasukan pengurusan dalam memacu kumpulan ke hadapan," katanya. - DagangNews.com