Dayang Enterprise dianugerahkan pengembangan skop liputan menerusi pindaan kontrak MCM Petronas Carigali | DagangNews Skip to main content

Dayang Enterprise dianugerahkan pengembangan skop liputan menerusi pindaan kontrak MCM Petronas Carigali

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 23 Okt - Dayang Enterprise Holdings Berhad menerusi Dayang Enterprise Sdn. Bhd. telah dianugerahkan pengembangan skop meliputi Kawasan Gas Sarawak (SK Gas) menerusi pindaan kontrak bagi penyediaan perkhidmatan penyelenggaraan, pembinaan dan pengubahsuaian luar pesisir (MCM) bagi Petronas Carigali Sdn. Bhd.

 

Nilai kontrak itu adalah berdasarkan arahan kerja yang dikeluarkan oleh Petronas sepanjang tempoh kontrak.

 

"Tempoh pengembangan skop adalah lebih kurang enam bulan berkuat kuasa dari 22 Jun 2023 hingga 31 Disember 2023," katanya dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia, hari ini.

 

Kontrak itu bagaimanapun tidak akan memberi kesan ke atas modal terbitan syarikat dan dijangka menyumbang kepada pendapatan Dayang sepanjang tempoh kontrak.

 

Faktor risiko yang mempengaruhi kontrak termasuk risiko pelaksanaan seperti ketersediaan tenaga kerja mahir dan bahan, perubahan harga bahan, perubahan dalam keadaan politik, ekonomi dan peraturan.

 

Dayang hendaklah memastikan pematuhan ketat terhadap prosedur keselamatan dan operasi dalam pelaksanaan keperluan kontrak. - DagangNews.com