EdgePoint, Celcom Timur jalin kerjasama tingkatkan kualiti perkhidmatan telekomunikasi di Sabah | DagangNews Skip to main content

EdgePoint, Celcom Timur jalin kerjasama tingkatkan kualiti perkhidmatan telekomunikasi di Sabah

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 2 April - EdgePoint Infrastructure menerusi EdgePoint Towers Sdn Bhd bekerjasama dengan Celcom Timur (Sabah) Sdn Bhd untuk membina infrastruktur peringkat akhir bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan telekomunikasi di Sabah.  

 

Menerusi kerjasama itu, Celcom Timur akan menyambungkan rangkaian utama mereka dengan 50 tapak infrastruktur telekomunikasi EdgePoint di negeri itu.

 

Ia juga membolehkan EdgePoint menawarkan struktur gentian lengkap kepada pengendali rangkaian mudah alih (MNO) dengan menghubungkan struktur sedia ada dan akan datang di seluruh negeri kepada rangkaian gentian Celcom Timur.

 

Ketua Pegawai Eksekutif EdgePint Towers, Muniff Kamaruddin berkata, dengan menggabungkan kekutan mereka bersama Celcom Timur, pihaknya dapat membina infrastruktur digital yang akan membawa kesalinghubungan yang berkmakna kepada rakyat Sabah.

 

muniff
Muniff Kamaruddin

 

"Usaha itu adalah selari dengan komitmen kami untuk menyokong usaha pendigitalan nasional selain mempromosikan ekuiti digital di negara ini," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

 

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Celcom Timur, Zuraidah Hanafiah berkata, kerjasama itu akan mengukuhkan usaha berterusan mereka bagi meluaskan kesalinghubungan di seluruh Sabah.

 

"Pada masa sama, ia akan mendorong kepada kemajuan pendigitalan, memupuk pembangunan dan inovasi di rantau ini," katanya. - DagangNews.com