Fajarbaru Builder raih kontrak RM125.3 juta daripada Penang Group Development Corporation | DagangNews Skip to main content

Fajarbaru Builder raih kontrak RM125.3 juta daripada Penang Group Development Corporation

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 7 April - Fajarbaru Builder Group Berhad menerusi anak syarikatnya, Fajarbaru Builder Sdn. Bhd., menerima surat anugerah (LOA) daripada  Penang Development Corporation (PDC) bagi membangunkan Fasa 4 Pembangunan Bercampur di Mukim 13 Bandar Cassia, Seberang Perai Selatan bernilai RM125.3 juta.

 

Dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia, kumpulan itu berkata, pembinaan satu blok pangsapuri kos sederhana setinggi 14 tingkat merangkumi 149 unit rumah, satu blok pangsapuri kos sederhana setinggi 19 tingkat merangkumi 225 unit rumah, lima unit rumah kedai dan satu blok dua tingkat tempat letak kenderaan.

 

"Kontrak itu adalah bagi tempoh 36 bulan bermula 15 Jun 2023 dan perlu disiapkan pada 14 Jun 2026," katanya.

 

Projek itu dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan dan aset bersih kumpulan dari tahun kewangan berakhir 30 Jun 2024 dan seterusnya.

 

Kontrak itu tidak akan mempunyai kesan material ke atas modal saham dan pegangan saham pemegang saham utama kumpulan itu.

 

Tiada pengarah dan pemegang saham utama, orang yang berkaitan dengan pengarah atau pemegang saham utama syarikat dan anak syarikat atau orang berkaitan dengannya mempunyai sebarang kepentingan, langsung atau tidak langsung dalam kontrak itu. - DagangNews.com