Farmasi komuniti perlu mohon kelulusan CIMS 3.0 | DagangNews Skip to main content

Farmasi komuniti perlu mohon kelulusan CIMS 3.0

Farmasi komuniti

Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOHa
arief@dagangnews.com

 

 

KUALA LUMPUR 11 Jun - Kesemua ahli farmasi komuniti yang berdaftar di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) perlu mengemukakan permohonan kebenaran beroperasi melalui sistem COVID-19 Intelligent Management System (CIMS) 3.0.

 

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) berkata, permohonan melalui CIMS itu boleh dibuat di bawah Sektor Farmaseutikal, Kluster Peruncitan/Pengedaran/ Pemborongan mulai 1 Jun 2021.

 

Farmasi komuniti turut disenarai sebagai perkhidmatan perlu (essentials) di bawah sektor perdagangan pengedaran bersama 10 perkhidmatan lain yang dibenarkan beroperasi dalam tempoh 'total lockdown'.

 

KPDNHEP memberitahu, sehingga April 2021, sejumlah 3,274 premis farmasi komuniti yang berlesen di bawah Akta Racun 1952 yang dikuatkuasakan oleh KKM.

 

"Berdasarkan semakan setakat 10 Jun 2021, sebanyak 2,902 (89%) permohonan bawah Sektor Farmaseutikal, Kluster Peruncitan / Pengedaran / Pemborongan telah diterima melalui sistem CIMS 3.0 dan 2,412 (74%) permohonan telah diluluskan.

 

"Sehubungan itu, kementerian menyeru supaya farmasi komuniti yang belum mengemukakan permohonan kebenaran beroperasi bagi tempoh PKP dikehendaki berbuat demikin melalui sistem CIMS 3.0 dengan kadar segara.

 

"Permohonan surat kebenaran operasi boleh dibuat melalui laman web https://notification.miti.gov.my," ujar KPDNHEP. - DagangNews.com