Felda beli 22 juta saham FGV dalam pasaran terbuka | DagangNews Skip to main content

Felda beli 22 juta saham FGV dalam pasaran terbuka

 

 

KUALA LUMPUR 14 Jan. - Felda membeli 22 juta saham FGV Holdings Bhd. dalam pasaran terbuka bernilai RM1.29 sesaham. 

 

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, menunjukkan agensi itu telah berurus niaga dengan FGV, seperti dinyatakan Maybank Investment Bank Bhd. (Maybank IB) dalam notis berkenaan. 

 

Dengan harga RM1.29 sesaham, keseluruhan pembelian saham itu berjumlah RM28.38 juta. 

 

Pada 8 Disember lalu, Felda berhasrat mengambil alih kepentingan dalam FGV sebanyak 506,190,800 atau 13.88% ekuiti dengan nilai sebanyak RM658 juta.

 

Agensi itu bercadang untuk meningkatkan pegangannya dengan membeli keseluruhan kepentingan yang dimiliki Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP), 6.1% dan Urusharta Jamaah Sdn. Bhd., 7.78%. 

 

Pengambilalihan kepentingan ini dengan RM1.30 sesaham akan meningkatkan pegangan Felda dalam FGV kepada 35.12% daripada 21.24% atau 775,029,80 saham.

 

Maybank IB merupakan penasihat utama Felda bagi dokumen tawaran tersebut. 

 

Pada Selasa, Felda menawarkan dokumen tawaran berhubung pengambilalihan mandatori tanpa syarat bagi saham-saham FGV Holdings Bhd. yang tidak dimilikinya, kecuali saham perbendaharaan. 

 

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, FGV berkata, tawaran tunai RM1.30 sesaham oleh Felda akan dibuka untuk penerimaan sehingga 5 petang, 2 Februari 2021. - DagangNews.com