foodpanda perkenal ciri baharu sempena raikan 9 tahun di Malaysia | DagangNews Skip to main content

foodpanda perkenal ciri baharu sempena raikan 9 tahun di Malaysia

KUALA LUMPUR 6 Julai – Sempena sambutan ulang tahun ke-9, foodpanda memperkenalkan beberapa ciri baharu dan memberikan hadiah eksklusif untuk memeriahkan lagi sambutan ini.

 

Pengarah Urusan foodpanda Malaysia, Sayantan Das berkata, pihaknya sentiasa berusaha untuk membolehkan kedua-dua pengguna dan rakan niaga untuk meraikan kegembiraan setiap hari dan foodpanda berbesar hati kerana dapat memberikan mereka perkara tersebut dalam sembilan tahun ini dan berharap dapat meneruskannya untuk tahun-tahun mendatang.

 

“Sama ada pengguna mendapatkan makanan dihantar oleh foodpanda, mengambil sendiri pesanan selepas memesan dari platform kami, membeli barang keperluan melalui foodpanda shops, mendapatkan barangan runcit dari pandamart, kami telah mara ke hadapan sejak kali pertama memasuki pasaran Malaysia.

 

"Kami berharap untuk terus berkembang dan mengekalkan momentum dengan menginovasi dan memperkenalkan ciri-ciri baharu untuk memenuhi keperluan para pengguna kami,” ujarnya dalam kenyataan media di sini hari ini.

 

Sayantan berkata, "Memasuki tahun kesembilan sememangnya satu pencapaian besar buat kami dan kami ingin memberi penghargaan kepada para pelanggan kami atas sokongan padu yang mereka berikan, dengan memberikan hadiah eksklusif.

 

"Seterusnya, kami akan meneruskan usaha untuk mengekalkan kedudukan kami sebagai pengubah bagi segmen q-commerce dan mengukuhkan posisi sebagai peneraju dalam industri tersebut,” kata beliau.

 

Lebih eksklusif dengan pandapro!

pandapro boleh dilanggan dari aplikasi foodpanda dengan hanya RM14.90 sebulan untuk waktu terhad sahaja. Pelanggan yang berdaftar sebagai ahli akan menikmati diskaun eksklusif sebanyak 15% dan ke atas sebagai tambahan kepada diskaun sedia ada bagi penghantaran dari lebih 10,000 rakan niaga terpilih.

 

Ahli juga akan menikmati sebanyak 12 penghantaran percuma untuk pesanan melebihi RM25. Terakhir, mereka akan mendapat diskaun tambahan sebanyak 15% untuk pesanan yang diambil sendiri serta dua baucar diskaun 20% untuk pembelian melebihi RM45 di pandamart. Ahli juga akan menikmati promosi istimewa selama 24 jam pada 7.7 dan boleh melanggan pandapro pada hanya RM7.70.

 

pandapro menawarkan ahlinya manfaat eksklusif dan penjimatan melebihi RM100 setiap bulan yang akan membantu meningkatkan pengalaman keseluruhan foodpanda termasuklah penghantaran dan pesan ambil bagi makanan, foodpanda shops serta pandamart dan lain-lain lagi.

Sila layari DI SINI untuk maklumat lanjut tentang pandapro.

 

Penghantaran pantas atas permintaan dengan pandago

Dengan pandago, rakan niaga boleh mendapatkan seorang penunggang atau rider dan akan mempunyai akses terus ke rider kami tanpa komisen.

 

pandago merupakan pekhidmatan nilai-tambah bagi rakan niaga kami yang menerima persanan dari saluran luar; membolehkan mereka menumpukan kepada jualan sambil kami teruskan apa yang kami lakukan dengan baik – dengan sokongan dari rider dan kumpulan sokongan kami yang terlatih.

 

Beroperasi di semua 13 negeri di Malaysia dan dengan liputan sehingga 10km, pandago menyediakan rangkaian rider yang cekap untuk mengambil pakej anda dan menghantarnya dengan selamat ke lokasi dalam masa satu jam.

 

Paling menarik, tiada kontrak diperlukan bagi rakan niaga foodpanda sedia ada – hanya bayar apa yang anda perlukan, apabila perlu sahaja. Dengan kelebihan seperti jejakan terkini, pandago menjadi pilihan yang mampu milik bagi rakan niaga yang membolehkan mereka menumpukan sepenuhnya kepada penyediaan makanan sambil pandago menguruskan yang selebihnya.

 

pandago kini boleh didapati dari laman web https://pandago.my atau melalui peranti GoDroid.

 

Kemeriahan tidak hanya berakhir di situ, pandamart menyambut ulang tahun pertama di Malaysia dan para pelanggan foodpanda berpeluang memenangi hadiah menarik seperti iPad, Airpod, produk Le Creuset dan banyak lagi apabila anda membuat hantaran swafoto bersama belian dari pandamart beserta ucapan hari ulang tahun yang kreatif dalam bahagian komen hantaran pertandingan, dalam tempoh yang sama.

 

Ada lagi! Dari 1 hingga 31 Julai, foodpanda shops memberikan peluang untuk memenangi satu Sony Playstation 5 kepada seorang pengguna bertuah, dengan pembelian RM35 dan ke atas dari shops.

 

Setiap 3 pesanan dengan pembelian minima RM35 melayakkan untuk satu penyertaan. Hadiah-hadiah lain termasuk empat Nintendo Switch Gen 2. Jadi, apa tunggu lagi? Jom sertai #ishopiwin sekarang! Para pemenang akan diumumkan pada 9 Ogos 2021. - DagangNews.com