KUALA LUMPUR 3 Mac – Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), pengedar tunggal jenama Ford di Malaysia, hari ini secara eksklusif mempertontonkan Ford Ranger Raptor X Edisi Khas Baharu untuk pelanggan di Malaysia dengan warna baharu True Red yang menyerlah – menjadikan ia Raptor merah pertama diperkenalkan di pasaran.
“Dengan DNA Prestasi Ford, Ranger Raptor sememangnya trak pikap terunggul di Malaysia yang disempurnakan untuk kegunaan harian di kota di samping menakluki laluan lasak off-road dengan kelajuan yang mengujakan. Dengan Edisi Khas ini, kami harap dapat menambahkan keterujaan ke dalam barisan Ranger yang digemari,” ujar Turse Zuhair, Ketua Jualan, Sime Darby Auto ConneXion.
Disempurna dengan ciri teknologi untuk gaya hidup masa kini
Ford Ranger Raptor X Baharu Edisi Khas didatangkan dengan kamera 360-darjah. Teknologi ini menggabungkan beberapa kamera video untuk memberikan liputan masa nyata sekeling kedudukan kenderaan - sama ada dalam suasana urban atau kawasan off-road yang sukar.
Ia juga mempunyai ciri Perakam Video Dwidigital (DVR) Kenwood yang menawarkan pelbagai fungsi, termasuk perakam berkualiti tinggi (HD) Quad, sudut pandangan yang luas, rakaman penglihatan malam, pelindung berpolaris terbina dan aplikasi mudah alih yang dihubungkan melalui hotspot.
Dipadankan dengan Apple iOS dan juga Android, ia didatangkan dengan kad memori 32GB yang membolehkan pemandu merakam aktiviti kembara atau pun sebagai ciri keselamatan.
Pelekat halilintar Raptor X yang eksklusif dan alas kaki Edisi Khas memberikan perbezaan yang lebih ketara, sambil mengekalkan kabin Ranger Raptor yang premium.
Sebati dengan DNA Prestasi
Ranger Raptor yang diperkenalkan di Malaysia pada hujung tahun 2018 ialah trak off-road berprestasi dan berkelajuan tinggi dari kilang yang unggul dan direka agar mampu memberi keghairahan kepada pencinta aksi lasak tegar.
Berpandukan pengalaman dari Ford F-150 Raptor, kerangka casis Ranger Raptor yang unik dibina dan diubahsuai secara besar-besaran untuk kelajuan dan ketahanan off-road. Sistem gantungan setaraf kereta lumba juga direka khusus untuk menangani mukabumi yang sukar, mengurangkan loncatan, hentakan dan lekukan. Tiada trak lain keluaran di Malaysia yang dipasang FOX Racing Shox dan bash plate dengan kekuatan ultra.
Sistem Pengurusan Mukabumi canggihnya memberikan enam mod pra-tetapan untuk menawan apa jua permukaan, dengan hanya putaran dial. Diinspirasikan oleh Baja 100 Desert Race, mod Baja yang yang cukup terkenal ini memberikan daya cengkaman, meningkatkan daya responsif dan penukaran kelajuan, serta mengoptimumkan kelajuan tinggi off-road Ranger Raptor.
Untuk prestasinya, Raptor menghasilkan tenaga 213 PS dan daya kilas setinggi 500Nm serta dikalibrasi penuh teliti dengan transmisi 10-kelajuan teknologi PaddleShift.
Keyakinan sepenuhnya
Ford Ranger Raptor X Baharu Edisi Khas ini padat dengan teknologi pintar dan keselamatan yang terkini memberikan pelanggan keyakinan sepenuhnya semasa memandu.
Ia turut lengkap dengan Brek Kecemasan Autonomi (AEB) dengan Pengesan Kenderaan dan Pejalan Kaki, Amaran Perlanggaran Depan dan Amaran dan Bantuan Keluar Laluan.
Lebih nilai dengan waranti pengeluar selama lima tahun
Dengan penarafan lima bintang NCAP, Ford Ranger Raptor X Baharu Edisi Khas berharga RM216,888 (atas jalan, tanpa insurans) didatangkan dengan waranti pengeluar selama lima tahun atau 160,000km (yang mana terdahulu) untuk model Tahun Buatan 2021 ke atas dan disasarkan untuk memberi nilai yang lebih baik kepada pemilik Ranger baharu.
Untuk maklumat lanjut tentang Ford Ranger Raptor X Baharu Edisi Khas, layari www.sdacford.com.my atau berbual secara langsung di talian WhatsApp +6019 204 1200 dari Isnin hingga Jumaat, 10 pagi hingga 7 petang dan Sabtu dari 10 pagi hingga 2 petang, tidak termasuk cuti umum atau terus sahaja ke mana-mana 40 bilik pameran Ford yang berdaftar di seluruh negara. - DagangNews.com