Galaxy A02 & Galaxy A02s tawar rebat untuk B40 | DagangNews Skip to main content

Galaxy A02 & Galaxy A02s tawar rebat untuk B40

KUALA LUMPUR 19 Julai – Samsung dan Digi kini menawarkan penjimatan buat pengguna kumpulan B40 melalui rebat peranti berjumlah RM180 dan RM300 mengikut syarat kelayakan.

 

“Pelanggan boleh memiliki Galaxy A02 secara percuma atau mendapatkan Galaxy A02s pada harga RM95 dengan melanggan pelan prabayar Digi Prihatin 35 Prepaid Bundle.

 

“Melalui langganan pelan prabayar tersebut dengan bayaran bulanan sebanyak RM35 tanpa terikat dengan kontrak, pelanggan boleh menikmati data internet sebanyak 30GB sebulan dan panggilan percuma tanpa had, termasuk data percuma 2GB untuk satu jam setiap hari selama 12 bulan,” kata Samsung dalam kenyataan di sini hari ini.

 

Menurutnya, Samsung memahami keperluan orang ramai mendapatkan telefon pintar 4G baharu untuk digunakan bagi aktiviti dalam talian yang menjadi keperluan pada waktu pandemik ini.

 

“Samsung memahami keperluan itu agar lebih ramai pengguna dapat memiliki telefon pintar yang bukan sahaja mampu milik malah dapat memberikan prestasi yang baik dan pengalaman yang lancar.

 

“Jangan lepaskan peluang ini kerana pendaftaran hanya dibuka sehingga 31 Julai 2021. Semak kelayakan anda dan daftar segera di https://www.digi.com.my/jaringan-prihatin-bm

 

Samsung berkata, model Samsung Galaxy A02 dan Galaxy A02s merupakan telefon pintar yang dilengkapi dengan bateri yang mempunyai kapasiti besar.

 

Kedua-duanya mempunyai bateri sebesar 5,000 mAh yang boleh menyokong anda melakukan aktiviti seharian seperti pembelajaran dalam talian, bermain game atau melayari laman web dan platform media sosial kegemaran anda.

 

“Bateri Galaxy A02s dikuasai pengecasan pantas 15W sesuai buat pelanggan yang sentiasa menggunakan telefon pintar untuk aktiviti harian setiap masa.

 

“Prestasi telefon pintar juga penting agar dapat memudahkan anda melakukan pelbagai tugasan pada telefon pintar,” kata Samsung.

 

Galaxy A02 dilengkapi RAM 3GB dengan cip MediaTek MT6739W, manakala Galaxy A02s pula yang dilengkapi RAM 4GB dengan cip Snapdragon 450 akan memberi pengalaman prestasi yang lancar untuk segala aktiviti dalam talian semasa menggunakannya. – DagangNews.com