GDB raih kontrak kedua pembinaan hab logistik bernilai RM866 juta di Shah Alam | DagangNews Skip to main content

GDB raih kontrak kedua pembinaan hab logistik bernilai RM866 juta di Shah Alam

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 21 Jun - Firma perkhidmatan pembinaan, GDB Holdings Bhd berjaya memperoleh kontrak bernilai RM865.7 juta bagi pembinaan hab logistik di Seksyen 15, Shah Alam.

 

GDB menerusi GDB Grand Dynamic Builders Sdn Bhd menerima surat anugerah itu daripada Strategic Sonata Sdn Bhd dan ia merupakan kejayaan kedua kumpulan itu meriah kontrak melibatkan pembinaan hab logistik.

 

"Skop kumpulan itu sebagai kontraktor utama merangkumi kerja-kerja mereka bentuk, membina dan menyelenggara gudang tanjakan setinggi lima tingkat dengan pejabat dan kemudahan sokongan.

 

"Kontrak selama 30 bulan itu dijadualkan bermula pada Jun 2024 dan disasarkan siap pada Disember 2026," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

 

Pengarah Urusan GDB, Cheah Ham Cheia berkata, kejayaan memenangi kontrak kedua bagi pembinaan hab logistik itu mengukuhkan kedudukan mereka sebagai syarikat pembinaan yang pelbagai dengan kepakaran merentasi pelbagai bangunan.

 

"Projek terbaharu itu mengukuhkan portfolio kami termasuk pembangunan kediaman bertingkat tinggi, komersial dan bercampur selain projek hospital dan hartanah industri yang sedang berjalan.

 

"Kejayaan baharu ini meningkatkan buku pesanan semasa tertunggak kami kepada RM1.2 bilion, memberikan kami kerja yang berterusan sehingga 2026," katanya. - DagangNews.com