KUALA LUMPUR 9 Ogos - Lembaga Pengarah Ge-Shen Corp Bhd telah giat meneruskan pengambilalihan bagi meningkatkan hasil dan keuntungannya.
Syarikat pengacuan suntikan plastik dan pengecap logam itu telah mengambilalih 40% daripada Local Assembly Sdn Bhd dan 60% daripada kedua-dua Amity Research & Development Sdn Bhd dan Amity Technical Services & Consultancy Sdn Bhd.
Katanya, pengambilalihan itu dijangka selesai pada separuh kedua 2024 .
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia , Ge-Shen berkata, dengan peningkatan keupayaan dalam sektor perkhidmatan pembuatan elektronik (EMS), lembaga pengarah mengunjurkan perkembangan styarikat dengan margin yang lebih tinggi.
Pada suku kedua berakhir 30 Jun, keuntungan bersih Ge-Shen meningkat lebih dua kali ganda kepada RM4.5 juta, atau pendapatan sesaham 3.52 sen berbanding RM2.2 juta, atau 1.98 sen pada suku yang sama sebelumnya.
Hasil peningkatan menunjukkan sebanyak 25% kepada RM75.1 juta daripada RM60 juta yang dicapai setahun lalu.
Ge-Shen berkata, pada suku dalam tinjauan ini, syarikat itu akan menunjukkan prestasi yang jauh lebih baik berbanding suku tahun sebelumnya.
“Ini kerana memanfaatkan hasil yang tinggi daripada kilang Pulau Pinang dan Vietnam serta daripada anak syarikat yang baru diambil alih di Kedah, walaupun jualannya lebih rendah daripada kedua-dua kilang di Johor.
“Keuntungan kumpulan meningkat sejajar dengan peningkatan dalam jualan hasil kerana skala ekonomi yang lebih tinggi, pengurusan kos yang lebih baik dan jumlah pekerja di setiap kilang serta diperkukuhkan lagi oleh keuntungan daripada Demand Options Sdn Bhd,” ujar Ge-Shen.
Pada separuh pertama hingga 30 Jun, Ge-Shen mencatatkan keuntungan bersih RM7.5 juta daripada hasil RM149 juta.- DagangNews.com