Glomac lancar kempen digital HappyNest | DagangNews Skip to main content

Glomac lancar kempen digital HappyNest

Kempen digital HappyNest

Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
[email protected]

 

 

KUALA LUMPUR 6 Nov. - Syarikat pemaju hartanah, Glomac Berhad (Glomac) melancarkan kempen dan inisiatif untuk menambah nilai dan pilihan kepada pengguna yang ingin membeli kediaman syarikat berkenaan.

Ketua Jabatan Jualan & Pemasaran Glomac, Kim Neoh berkata, kempen digital yang berlangsung selama tiga bulan itu adalah untuk meningkatkan keseronokan pengalaman membeli rumah khususnya ketika mendepani situasi mencabar akibat pandemik COVID-19.

"Walaupun terdapat pelbagai larangan pergerakan yang dihadapi oleh rakyat Malaysia hari ini akibat wabak tersebut, namun kami dapati bahawa minat pelabur masih sama seperti tempoh sebelum tempoh Covid-19 melanda. 

"Para pembeli rumah pertama juga kelihatan sangat berminat untuk mendapatkan kediaman mereka melalui nilai terbaik yang ada di pasaran.

 

Glomac

 

"Oleh itu, untuk menambahkan keseronokan dalam pengalaman mereka, kempen HappyNest memberi peluang kepada pelanggan kami untuk memperoleh lebih banyak lagi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kempen tersebut menawarkan pelbagai keseronokan seperti peluang untuk memenangi dua baucar tunai bernilai RM200 setiap minggu, hadiah cabutan bulanan berupa iPad Mini dan mesin vakum Dyson V8 yang kesemuanya bernilai lebih daripada RM10,000.

Kempen HappyNest membolehkan pelanggan memilih dan melihat unit contoh Glomac secara peribadi dengan janji temu atau tontonan maya.

 

Glomac

 

Pelanggan secara automatik akan menyertai cabutan bertuah mingguan yang akan dilakukan melalui siaran mayanya.

Kempen HappyNest Glomac melibatkan semua harta benda yang sedia ada dan yang akan dilancarkan dalam tempoh tiga bulan berkenaan.

Kempen yang akan berakhir pada 31 Januari 2021 itu akan menawarkan lebih banyak inisiatif menarik akan secara
berterusan kepada rakyat Malaysia. 

Selain HappyNest, Glomac juga dijangka melancarkan beberapa projek lain dalam suku tahun akan datang seperti di Saujana KLIA di Sepang, GreenTec di Puchong dan Bandar Saujana Utama di Sungai Buloh. - DagangNews.com