Grab Malaysia jalin kerjasama dengan Tourism Perak jayakan Tahun Melawat Perak 2024 | DagangNews Skip to main content

Grab Malaysia jalin kerjasama dengan Tourism Perak jayakan Tahun Melawat Perak 2024

Ben Chin (dua dari kiri) bersama Sze Yee (kanan) dan Nurmalis (dua dari kanan) selepas memeterai kerjasama sempena Tahun Melawat Perak.
Oleh Zaki Salleh

IPOH 20 Dis - Grab Malaysia mengumumkan kerjasama pertamanya dengan Tourism Perak sebagai rakan strategik bagi menjayakan sambutan Tahun Melawat Perak Visit 2024. 

 

Menerusi kerjasama ini, Grab Malaysia memanfaatkan teknologi dan rakan kongsi untuk memudahkan pengalaman melancong sekali gus memacu pertumbuhan pelancongan di Perak. 

 

Antara perkhidmatan yang ditawarkan ialah sebagai rakan e-hailing eksklusif dan menjadikan pemandu sebagai rakan duta.

 

Pengarah Strategi Negara dan Bandar Luar, Grab Malaysia, Ben Chin berkata, pihaknya akan memastikan pelancong mempunyai pilihan pengangkutan yang mudah dan boleh dipercayai sepanjang lawatan mereka di Perak. 

 

Grab

 

“Melalui rangkaian luas pemandu-rakan dan ciri-ciri aplikasinya, Grab akan menyediakan akses mudah untuk pelancong eksplorasi Perak dengan lancar, 

 

“Pengalaman makanan 5 bintang dengan GrabFood Pelancong dan pengguna akan mempunyai akses ke senarai terpilih restoran 5 bintang di Perak,” ujarnya.

 

Terdahulu, beliau memeterai memorandum persefahaman tersebut dengan Ketua Pegawai Eksekutif Tourism Perak, Nurmalis Musa.

 

Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor negeri Perak, Log Sze Yee.

 

Perak

 

Mengulas lanjut kata Ben, sebagai duta pula pemandu Grab akan menjalani sesi latihan dalam talian berhubung produk pelancongan negeri agar dapat sama-sama memainkan peranan semasa Tahun Melawat Perak.

 

Katanya, inisiatif ini bukan sahaja meningkatkan kualiti perkhidmatan tetapi juga membina persekitaran yang positif dan mesra untuk pelancong.

 

“Sebagai platform paling mudah capai, boleh dipercayai dan diutamakan untuk perkhidmatan harian, pelancong boleh bergantung pada Grab untuk cara yang selamat.

 

“Dengan ini pelancong dan pengunjung boleh meneroka lebih banyak tempat-tempat menarik di Perak,” ujarnya.- DagangNews.com