DALAM membantu masyarakat benar benar memahami apakah yang ingin dibawakan oleh kerajaan hari ini melalui gagasan Malaysia MADANI “storytelling” merupakan satu strategi pemasaran yang boleh menjadikan masyarakat umum lebih dekat dengan gagasan tersebut dengan berkesan.
Strategi “Storytelling” yang baik akan dapat menarik perhatian golongan sasar untuk mewujudkan hubungan emosi.
“Strorytelling” merupakan satu kaedah pembentukan pemikiran masyarakat yang menggabungkan seni dan juga sains atau dikatakan sebagai sains sosial.
Berdasarkan kajian, menghantar sesuatu maksud atau masej melalui sesebuah kaedah pencerita boleh mengaktifkan hormon oksitosin yang menggalakkan pembentukan rasa percaya dan empati yang mendalam.
Cerita-cerita yang menarik boleh memberi motivasi dan juga mempengaruhi tingkah laku seseorang individu secara positif. Kaedah bercerita boleh mengubah tingkah laku manusia dan menggalakkan seseorang untuk mengambil tindakan penting.
Apa itu bercerita?
Di dalam dunia pemasaran, menyampaikan suatu masej melalui kaedah bercerita ialah suatu kaedah yang berasal dari seni purba yang mengekspresikan bagaimana manusia di dalam sesebuah masyarakat berinteraksi, berkomunikasi secara naratif, dan memberikan gambaran keseluruhan situasi, sehingga mencipta satu siri imaginasi dalam minda penerima masej.
Contohnya apa yang berlaku di dalam Hubspot , penceritaan menggunakan perkataan untuk mencipta dunia dan pengalaman baharu dalam imaginasi para pengguna.
Bagaimana dikatakan kaedah bercerita atau “Storytelling Marketing” ini berkesan
Di sini terdapat beberapa langkah yang perlu diambil dalam membangunkan satu penceritaan yang berkesan bagi mewakili gagasan Malaysia MADANI.Melalui kaedah penceritaan yang terurus ia akan menghasilkan penceritaan yang berkuasa.
1. Kenali khalayak sasaran
Sebelum suatu kaedah penceritaan dirangka, penting untuk kerajaan mengetahui siapa khalayak sasaran mereka. Fahami demografi, geografi dan psikografik golongan sasar, baik dari segi umur, jantina dan tahap pendidikan.
Lebih dekat cerita berkaitan dengan latar belakang khalayak, lebih besar peluang penceritaan itu akan berjaya. Kementerian pelaksana Malaysia MADANI boleh mendapatkan semua maklumat tentang khalayak sasaran melalui penyelidikan pasaran dan tinjauan.
Sebaik sahaja mereka memahami khalayak sasaran, mereka akan dapat menarik perhatian khalayak sepenuhnya. Perkara utama ialah perkara yang akan membuatkan orang ramai ingin mengetahui lebih lanjut tentang penceritaan tersebut.
2. Ciptakan cerita yang menarik
Jalan penceritaan yang menarik adalah penting untuk membina keakraban dan hubungan emosi dengan khalayak sasaran. Kisah jenama gagasan Malaysia MADANI itu perlu unik dan menonjol berbanding gagasan gagasan terdahulu.
Penceritaan yang baik mestilah mempunyai mesej yang jelas, mudah difahami, asli, menerangkan misi dan nilai gagasan Malaysia MADANI . Pihak yang bertanggung jawab perlu memasukkan pengalaman sebenar dan testimoni yang berkaitan untuk menjadikan cerita bersifat lebih peribadi.
3. Selitkan penceritaan emosi
Emosi adalah elemen yang begitu kuat dan memainkan peranan penting dalam teknik penceritaan jenama. Emosi yang dibina akan bergema dalam fikiran khalayak sasaran.
Contohnya, mereka seharusnya boleh membuat penceritaan tentang kisah masalah yang dihadapi masyarakat hari ini dan bagaimana MADANI dapat berfungsi sebagai penyelesainya.
Kejayaan yang menyamai MADANI menyelesaikan masalah pada zaman lampau, atau tonjolkan cerita tentang bagaimana gagasan Malaysia MADANI boleh memberi kesan kepada nilai kehidupan sebenar masyarakat dalam usaha keluar dari perangkap negara berpendapatan menengah melalui anjakan pemikiran masyarakat.
4. Optimumkan penceritaan dengan imej visual
Imej atau bentuk visual adalah bahagian penting dalam menyampaikan pencerita suatu gagasan. Visualisasi mampu membawa cerita ke dalam cerita yang benar-benar hidup dan sukar untuk dilupakan oleh sesiapa sahaja yang mendengar dan melihatnya.
Visual boleh meningkatkan perkaitan dan sentuhan emosi dalam sesebuah cerita. Visualisasi ini boleh dalam bentuk maklumat grafik, video, gambar atau ilustrasi.
Contohnya, jika gagasan Malaysia MADANI boleh memaparkan suasana makan sekeluarga satu tradisi lama yang penuh kejiwaan dan telah ditinggalkan masyarakat.
Dengan mengenengahkan semula penceritaan tentang penghayatan nilai kekeluargaan itu melalui ilustrasi kegembiraan sebuah keluarga kecil yang gembira menikmati makanan sihat serba sederhana bersama-sama di ruang tamu akan menghantar masej kemurnian gagasan ini sebagai contoh.
5. Cerita yang memberi inspirasi
Cerita bukan sahaja dibuat untuk menarik perhatian khalayak sasaran. Walau bagaimanapun, ia lebih daripada itu.
Cerita semestinya mesti mampu memberi inspirasi kepada masyarakat untuk mula mengambil tindakan yang bermakna untuk satu anjakan pemikiran.
Jika pihak yang bertanggung jawab ingin mencipta penceritaan untuk meningkatkan nilai pemikiran, maka galakkan orang ramai untuk secara sukarela mula mengikuti paparan paparan penceritaan yang mnugkin boleh dibuat secari bersiri mengikut masa yang strategik.
6. Menggabungkan penceritaan dalam strategi pemasaran
Untuk mendapatkan hasil yang baik daripada bercerita , mereka perlu menyepadukan bercerita ke dalam strategi pemasaran penceritaan tersebut. Strategi ini boleh dilakukan dalam pemasaran e-mel, pemasaran media sosial, dan pengiklanan.
Jangan lupa ukur kejayaan kempen pemasaran pencerita ini. Penilaian sentiasa penting supaya pihak kerajaan benar-benar boleh menentukan sama ada penceritaan adalah relevan atau memerlukan penambahbaikan.- DagangNews.com
Muhamad Addin Burhanuddin adalah Pensyarah Kanan Pemasaran Digital, Fakulti Pengurusan & Perniagaan, UiTM Cawangan Johor, Kampus Segamat