Hanya 4% pekerja di dunia sedia kembali bertugas di pejabat | DagangNews Skip to main content

Hanya 4% pekerja di dunia sedia kembali bertugas di pejabat

ti

Oleh JOHARDY IBRAHIM
editor@dagangnews.com

 

KUALA LUMPUR 18 Julai – Hanya 4% daripada 750,000 pekerja di seluruh dunia bersedia kembali ke pejabat secara sepenuh masa selepas pandemik COVID-19 terkawal.

Kaji selidik yang dilakukan oleh Perceptyx menunjukkan angka sebegitu rendah dicapai hasil daripada soal selidik ke atas lebih 750,000 pekerja di lebih 100 syarikat global meliputi semua industri utama.

Menurut Perceptyx, nombor tersebut menurun dengan jumlah yang besar sejak kajian seumpamanya dilakukan pada April lalu, yang mencatatkan 33% menyatakan kesediaan untuk kembali ke pejabat.

Kaji selidik terbaharu ini mendapati kesediaan untuk kembali ke pejabat menurun, tetapi pada masa sama, wujud peningkatan daripada segi bagaimana produktifnya pekerja rasai bila bekerja di luar pejabat.

Pada akhir Jun, sebanyak 100% responden kaji selidik menyatakan `persekitaran kerja di luar pejabat membolehkan saya menghasilkan lebih banyak produktiviti’.

Di peringkat global, beberapa syarikat besar telah mengumumkan kakitangan mereka boleh bekerja secara tetap dari rumah seperti Twitter dan Square.
 

co


Sementara itu, menurut Business Insider, untuk memujuk majikan mengikuti trend semasa global ini, selain mengurangkan risiko jangkitan COVID-19 ialah dengan mengemukakan bukti bahawa `anda berprestasi lebih baik’ sejak bekerja di rumah semasa Perintah Kawalan Pergerakan dan `nyatakan rancangan anda untuk mengekalkan kualiti kerja’ dengan tidak ke pejabat.

Satu faktor lagi ialah kos modal kerja bagi majikan akan menurun bila tiada keperluan untuk memiliki pejabat kerana kebanyakan kakitangan beroperasi dari luar pejabat, sama ada di rumah atau mana sahaja, asalkan ada hasil kerja yang ditetapkan.

Kebimbangan mengenai lambakan ruang pejabat turut disuarakan oleh sektor hartanah yang bimbang keadaan ekonomi yang lemah, mengakibatkan pengusaha perniagaan tidak mampu menyewa apa lagi membeli ruang pejabat.

Keadaan itu dijangka mendorong berlaku lambakan ruang pejabat yang pasti menurunkan harga sewa atau jualan. Seandainya trend bekerja di rumah menjadi pilihan besar majikan di Malaysia, ini lagi satu faktor yang menekan sektor hartanah. – DagangNews.com