KUALA LUMPUR 13 Mac - CGS-CIMB Research mengunjurkan harga minyak sawit mentah (MSM) didagangkan antara RM3,800 hingga RM4,300 satu tan pada Mac 2023.
Firma itu berkata, pemacu utama harga minyak sawit pada Mac ialah banjir di Johor dan potensi kesannya terhadap pengeluaran minyak sawit Malaysia.
Katanya, Johor mengeluarkan sekitar 16% daripada pengeluaran minyak sawit Malaysia pada 2022
Firma itu berkata, dasar Indonesia mengenai penggantungan beberapa permit eksport minyak sawit untuk mendapatkan bekalan domestik ketika kenaikan harga minyak masak menjelang sambutan Hari Raya Aidil Fitri.
"Dilaporkan bahawa hanya satu pertiga daripada kuota eksport sedia ada (5.9 juta tan pada akhir Januari 2023) boleh digunakan sekarang, manakala selebihnya boleh digunakan selepas 1 Mei 2023.
"Ini berkemungkinan mengehadkan jumlah eksport minyak sawit dari Indonesia dalam beberapa bulan akan datang dan ia boleh mengalihkan permintaan minyak sawit ke Malaysia," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.
Firma itu berkata, Indonesia merancang untuk meningkatkan mandat biodiesel kepada 35% pada Februari 2023, daripada 30% sebelumnya.
Katanya, ia boleh meningkatkan penggunaan minyak sawit di Indonesia sebanyak 1.84 juta tan kepada 11.44 juta tan pada 2023 (berbanding 9.6 juta tan pada 2022) kata, Persatuan Pengeluar Biofuel Indonesia.
"Perkembangan cuaca dan kesannya terhadap bekalan kacang soya dari Amerika Selatan dan harga minyak mentah serta prospek pertumbuhan ekonomi global.
"Secara keseluruhan, kami menjangkakan harga MSM akan melemah pada separuh kedua 2023 dan mengekalkan unjuran harganya pada paras RM3,800 bagi setiap tan," katanya.
Bagaimanapun, kami mengekalkan saranan 'neutral' bagi sektor itu, selain itu menjangkakan sektor berdepan fenomena El Nino pada separuh kedua 2023. - DagangNews.com