Hasil Supercomnet Technologies diunjur bertambah baik pada 2HFY23 - Malacca Securities | DagangNews Skip to main content

Hasil Supercomnet Technologies diunjur bertambah baik pada 2HFY23 - Malacca Securities

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 13 Mac - Malacca Securities mengunjurkan hasil Supercomnet Technologies Berhad bertambah baik pada 2HFY23 didorong oleh sumbangan lebih tinggi daripada sistem infusi picagari IHS selain pengenalan peranti perubatan baharu yang menjelang akhir tahun.

 

Firma itu berkata, ia juga didorong penyambungan semula penghantaran kepada pelarasan pasca inventori Ambu A/S dan sumbangan yang lebih tinggi daripada Stellantis untuk bekalan tangki bahan api (bermula Februari 2023) dan abah-abah wayar (sasaran untuk bermula pada suku kedua 2023) untuk model Peugeot 5008, 3008 dan 2008 .

 

Firma itu berkata, keadaan bertambah baik untuk kumpulan itu selepas harga bahan mentah dan kos pengangkutan sertta margin keuntungan menjadi stabil pada FY23.

 

"Kumpulan itu juga sedaang giat meneruskan penggunaan proses automasi dengan 20- 25% pengeluaran kini menggunakan proses automasi.

 

"Sehingga FY22, kumpulan itu dilengkapi dengan kunci kira-kira yang kukuh dengan kedudukan tunai bersih pada RM162.7 juta," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

 

Firma itu berkata, memasuki fasa pembesaran seterusnya yang memerlukan pembinaan bangunan kilang baharu lima tingkat akan menempatkan 12,000 meter persegi jumlah ruang lantai pengeluaran dijangka siap menjelang 2025.

 

Katanya, majoriti perbelanjaa modal (capex) untuk pengembangan akan ditanggung oleh pelanggan mereka.

 

"Kami percaya bahawa langkah itu tepat pada masanya untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat untuk produk dan perkhidmatan penjagaan kesihatan di seluruh dunia," katanya.

 

Firma itu mengekalkan saranan 'beli' dengan harga sasaran (TP) RM1.74 sesaham.

 

Bagaimanapun, kumpulan itu berdepan beberapa risiko termasuk kemungkinan kelewatan dalam kelulusan FDA bagi pelancaran produk baharu yang menjejaskan prospek pertumbuhan dalam aliran pendapatan baharu.

 

"Turun naik dalam kos bahan mentah boleh menjejaskan margin di mana kos bahan menyumbang kira-kira 50% daripada kos pengeluaran selain risiko mata wang kerana kebanyakan produk mereka dijual dalam dolar Amerika Syarikat (AS$)," katanya. - DagangNews.com