HLIB jangka Alliance Bank berdepan cabaran dalam segmen perbankan koporat, komersial | DagangNews Skip to main content

HLIB jangka Alliance Bank berdepan cabaran dalam segmen perbankan koporat, komersial

oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 13 Okt - Hong Leong Investment Bank (HLIB) Research menjangkakan Alliance Bank akan berdepan cabaran dalam segmen perbankan korporat dan komersial.

 

Firma itu berkata, cabaran itu berpunca daripada kelemahan khusus daripada konglomerat dan sektor pembinaan namun tiada sebarang perkara yang serius.

 

Firma itu difahamkan bahawa kumpulan itu telah melakukan beberapa perkara khusus untuk melindungi nilai selain mengurangkan impak terhadap perubahan pergerakan pasaran yang memberi kesan kepada pendapatannya.

 

"Sehingga kini tiada sebarang isu melibatkan kualiti aset dalam segmen perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan bagi segmen runcit, Alliance tidak melihat sebarang impak besar daripada kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sehingga Julai 2022.

 

"Selain itu, tanggungan perbelanjaan oeprasi (opex) pada FY23 dijangka meningkat antara 3% hingga 4% (selaras dengan ujuran 4%)," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

 

Secara keseluruhan, firma itu mengekalkan unjuran mereka dan terus menggmari saham kumpulan itu berdasar pemberian dividen tunai antara 6% hingga 7%.

 

Selain itu, kumpulan itu juga mempunyai penimbal tindanan peruntukan pengurusan tertinggi daripada pinjaman kasar.

 

Firma itu mengekalkan saranan 'beli' dengan harga sasaran (TP) RM4.05 sesaham dan mereka percaya penilaian itu berdasarkan sasaran pulangan ekuiti (ROE) yang hampir menyamai fasa pra pandemik.

 

"Pada pandangan kami, masih ada ruang untuk harga saham itu meningkat," katanya. - DagangNews.com