HLIB jangka pendapatan Taliworks bagi FY23 lebih tinggi hasil sumbangan segmen pembinaan | DagangNews Skip to main content

HLIB jangka pendapatan Taliworks bagi FY23 lebih tinggi hasil sumbangan segmen pembinaan

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 20 Feb - Hong Leong Investment Bank (HLIB) Research menjangkakan perkembangan Taliworks Corporations Berhad bagi FY23 akan dipacu secara berterusan daripada segmen air, lebuh raya dan tenaga boleh diperbaharui (RE). 

 

Firma itu berkata, bagaimanapun sumbangan daripada segmen pembinaan boleh mendorong pendapatan kumpulan lebih tinggi. 

 

Katanya, kemajuan agak perlahan untuk projek Rasau setakat ini disebabkan kelulusan kawal selia yang belum selesai, menyebabkan pengiktirafan yang lebih lemah daripada jangkaan pada FY22 pada kadar 2% hingga 3% daripada RM896.4 juta walaupun ia telah dianugerahkan kedua-dua pakej pada Disember 2021.

 

Bagaimanapun, ia dijangka kembali meningkat pada FY23 sebaik sahaja kelulusan diperolehi dengan 30% hingga 40% akan diiktiraf dalam FY22 dengan untung sebelum cukai antara 5% hingga 8%.

 

"Kami menjangkakan peningkatan pengiktirafan menjelang akhir FY23 dan percaya bahawa tempoh penyiapan projek boleh dilanjutkan.

 

"Kumpulan itu juga akan lebih agresif dalam mencari lebih banyak peluang dalam ruang swasta dan projek tebatan banjir," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

 

Firma itu berkata, segmen RE menyumbang hasil sebanyak RM17.2 juta dan keuntungan operasi sebanyak RM8.1 juta pada FY22 (pengiktirafan bermula pada 2QFY22).

 

Katanya, FY23 akan menjadi sumbangan tahun pertama segmen itu kepada kumpulan.

 

"Program penggantian panel yang berterusan akan membantu aset solar kumpulan menambah keluaran elektrik yang lebih tinggi," katanya.

 

Bagaimanapun, tiada sebarnag petanda bahawa syarikat pengurusan sisa kumpulan itu akan pulih pada FY23.

 

Katanya, syarikat bersekutu mereka mencatatakan kerugian sebanyak RM23 juta pada 2022 berbanding keuntungan RM8.3 juta pada 2021.

 

Firma itu mengekalkan saranan 'pegang' dengan harga sasaran (TP) 86 sen sesaham. - DagangNews.com