HLIB unjur peningkatan pengeluaran semikonduktor pacu perniagaan Frontken | DagangNews Skip to main content

HLIB unjur peningkatan pengeluaran semikonduktor pacu perniagaan Frontken

oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 1 Ogos - Hong Leong Investment Bank (HLIB) Research mengunjurkan pertambahan pengeluaran oleh syarikat semikonduktor dan permintaan yang kekal tinggi untuk cip akan menyumbang secara positif kepada perniagaan Frontken Coporation Berhad.

 

Firma itu berkata, pendapatan kumpulan juga meningkat sebanyak 18% disumbangkan perniagaan di Malaysia (38%), Taiwan (17%) and Singapura (11%) tetapi perniagaan di Filipina menurun sebanyak 5% dan Indonesia sebanyak 26%.  

 

"Peniagaan semikonduktor mencatatkan peningkatan ketara didorong permintaan yang tinggi selain tempahan yang kukuh daripada pelanggan. 

 

"Bagi segmen mniyak dan gas, ia menerima menerima tempahan baharu untuk penyediaan bekalan tenaga kerja dan perkhidmatan peralatan mekanikal daripada kontrak Petronas," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

 

Firma itu berkata, segmen semikonduktor menyumbangkan 82% daripada pendapatan kumpulan pada 2QFY22.

 

Katanya, Perangkaan Perdagangan Semikonduktor Dunia (WSTS) menjangkakan pasaran global semikonduktor berkembang sebanyak 16.3% kepada AS$646 bilion (RM2.8 trilion) pada 2022.

 

"Frontken percaya bahawa akan berlaku peningkatan ketara dari segi cip dan permintaan untuk semkonduktor pada masa akan datang.

 

"Kumpulan itu optimis namun kekal berhati-hati untuk menjadi lebih baik bebranding FY21 kesa dari[ada peningkatan permintaan dan menjangkakan 2H22 akan menjadi lebih baik," katanya.

 

Firma itu mengekalkan saranan 'beli' dengan harga sasaran (TP) RM3.20. - DagangNews.com