HLIB yakin ITMAX peroleh kontrak pengendalian tempat letak kereta pintar di 14 lagi daerah Johor | DagangNews Skip to main content

HLIB yakin ITMAX peroleh kontrak pengendalian tempat letak kereta pintar di 14 lagi daerah Johor

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 17 Sept - Hong Leong Investment Bank (HLIB) Research berkeyakinan ITMAX System Bhd akan memperoleh kontrak pengendalian tempat letak kereta pintar di 14 lagi daerah di Johor.

 

Katanya, keyakinan itu adalah berdasarkan kejayaan kumpulan itu memperoleh kontrak ketiga di Majlis Daerah Tangkak (MDT) selama 15 tahun.

 

Firma penyelidikan itu berkata, kontrak ketiga itu hadir selepas kumpulan itu menerima kontrak daripada Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) pada Jun 2024 dan Majlis Perbandaran Kulai (MPKu) pada Julai 2024.

 

"Kami kekal yakin terhadap perkembangan ini dan percaya ia akan melonjakkan pendapatan kumpulan ke tahap seterusnya," katanya dalam satu nota kajian.

 

ARTIKEL BERKAITAN: ITMAX terima kontrak 15 tahun kendalikan tempat letak kereta pintar di Majlis Daerah Tangkak
 

Terdahulu, menerusi pelantikan itu, ITMAX akan menjadi menyelia sekitar 5,113 tempat letak kereta di daerah Tangkak untuk tempoh 15 tahun.

 

Firma penyelidikan itu berkata, kontrak tempat letak kereta pintar di MDT merupakan yang ketiga buat kumpulan itu di Johor dan mereka kini mentadbir 41,112 tempat letak kereta di seluruh negeri itu.

 

Katanya, berdasarkan perkongsian hasil sebanyak 70%-30%, kumpulan itu akan memperoleh RM2.5 juta setahun.

 

HLIB berkata, dengan andaian margin 50%, ia boleh meningkatkan keuntungan ITMAX  sekitar RM1.2 juta setahun.

 

"Kami difahamkan anugerah ini hanyalah fasa pertama dan terdapat sekitar 10,000 tempat letak kereta akan diwartakan," katanya.

 

Firma penyelidikan itu mengekalkan saranan 'beli' dengan harga sasaran (TP) RM4.71 sesaham. - DagangNews.com