Hospital Pantai Ipoh diiktiraf antara hospital terbaik dalam penyediaan rawatan pesakit strok | DagangNews Skip to main content

Hospital Pantai Ipoh diiktiraf antara hospital terbaik dalam penyediaan rawatan pesakit strok

Siet Fong (kiri) dan Rumaizi (dua dari kiri) bersama sebahagian kanak-kanak yang menyertai program Dr. Little Club.
Oleh Zaki Salleh

IPOH 21 Ogos - Hospital Pantai Ipoh mengekalkan tahap tertinggi dalam penyediaan rawatan bagi pesakit strok apabila diiktiraf sebagai antara hospital terbaik dalam kepakaran tersebut.

 

Tahun lalu, hospital tersebut menerima anugerah World Stroke Organization Angels Platinum Award 2022 sekali gus menjadi motivasi untuk mengekalkan prestasi.

 

Ketua Pegawai Eksekutif Pantai Hospital Ipoh, Chong Siet Fong berkata, anugerah itu diberi menerusi pelaksanaan Kesedaran Kecemasan ‘Every Second Counts’.

 

Katanya, susulan daripada itu Hospital Pantai Ipoh telah dipilih oleh pihak IHH Healthcare bersama 16 buah hospital seluruh negara bagi mengadakan latihan Cardiopulmonary Resuscitation (CPR).

 

"IHH Healthcare merupakan sebuah organisasi peneraju dalam penyediaan kesihatan yang mempunyai kerjasama dengan banyak hospital di luar negara.

 

Kanak-kanak

 

"Latihan CPR itu merupakan aktiviti secara fizikal sempena Nationwide A&E Campaign yang juga bakal dicatatkan dalam Malaysia Book of Records," ujarnya.

 

Mengulas lanjut katanya, program ini bertujuan menyampaikan maklumat tentang persediaan dan kesedaran dalam penyediaan rawatan terhadap pesakit kepada masyarakat .

 

“Bagi menjayakan program ini, setiap hospital terlibat akan memilih beberapa agensi untuk bersama-sama mencapai matlamat IHH Healthcare bagi penyertaan paling ramai," jelasnya.

 

Terdahulu, Siet Fong mengiringi Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin merasmikan program Dr. Little Club: A&E Life Saver on Call 2023 di hospital tersebut.

 

Kanak-kanak
Rumaizi (tengah) bersama Siet Fong semasa merasmikan program Dr. Little Club di Hospital Pantai Ipoh.

 

Ia menarik penyertaan seramai 108 orang kanak-kanak berusia 5-8 tahun.

 

Ini merupakan aktiviti tahunan Hospital Pantai Ipoh bagi memupuk minat kanak-kanak untuk membina kerjaya dalam bidang perubatan

 

Program ini juga memberi peluang kepada kanak-kanak meneroka pengetahuan berkaitan dengan pertolongan cemas dan perubatan melalui aktiviti seperti rawatan cirit birit, strok haba dan demam panas.

 

Turut diadakan ialah sesi ceramah kesihatan kepada ibu bapa oleh pakar neurosurgeri, pakar perubatan pernafasan serta jururawat. - DagangNews.com