Impian Selo Tioman Resorts disaman atas dakwaan langgar perjanjian jual beli tanah di Pulau Tioman | DagangNews Skip to main content

Impian Selo Tioman Resorts disaman atas dakwaan langgar perjanjian jual beli tanah di Pulau Tioman

Oleh Mohamad Iman

KUALA LUMPUR 21 Ogos -  Impiana Selo Tioman Resorts Sdn Bhd, unit 75% milik kumpulan Magma Group Bhd, disaman oleh dua individu berhubung dakwaan melanggar perjanjian jual beli berkaitan lima bidang tanah di Tioman, Pahang.

 

Perkara tersebut dimaklumkan di Bursa Malaysia oleh Magma, yang sebelum ini dikenali sebagai Impiana Hotels Bhd

 

Menurut Magma, dua individu berkenaan, Marc Bovell Paul Desmidt dan Erin Camille Desmidt, menuntut sejumlah AS$974,968 (RM4.59 juta) daripada Impiana Selo Tioman Resorts.

 

“Plaintif mendakwa tiada kemajuan dalam pembangunan tanah itu dan telah dimaklumkan bahawa pembangunan itu tidak akan diteruskan,” kata Magma.

 

Kedua-dua pihak telah menandatangani perjanjian itu pada Januari 2022.

 

 

infiniti

 

 

Magma berkata ia sedang berunding dengan peguamcaranya dan telah menghantar surat kepada peguam cara plaintif sebagai sebahagian daripada usaha untuk menyelesaikan perkara itu secara baik.

 

Pengurusan kes untuk tuntutan mahkamah telah ditetapkan pada 20 September 2025 melalui e-Semakan.

 

Pada pagi Rabu, saham Magma dibuka naik setengah sen atau 2.44% pada 21 sen, memberikan syarikat itu permodalan pasaran sebanyak RM199.06 juta. - DagangNews.com