KOTA KINABALU 10 Mac - 'Memang benar Negeri Di Bawah Bayu mempunyai ramai ahli muzik yang berbakat.
Negeri Sabah telah mencungkil ramai bakat penyanyi tempatan seperti Jimmy Palikat, Elica Paujin, Justin Lusah, Nicolette Palikat, Stacy, Marsha dan lain-lain lagi,' kata Dr Janet Lee, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif 'Music Hive'.
Dr Janet Lee yang memegang Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang pedagogi muzik telah menubuhkan syarikat pembekalan peralatan muzik dan akademi muzik lebih 30 tahun yang lalu.
Beliau berkata, 'Manakala dua penyanyi dan pencipta lagu iaitu Flora Santos dan Mia Palencia telah berjaya mencapai status antarabangsa.
Sementara itu, rakyat Sabah tidak akan melupakan jasa Datuk Peter Pragas, seorang pemain piano, komposer dan bekas Pengarah Muzik RTM Sabah yang telah berusaha untuk memelihara muzik tempatan dan melodinya.'
Pengarah Eksekutif, Peter Chua berkata, 'Walaupun senario muzik di Sabah berkembang maju dengan pelbagai sektor ekonomi kembali pulih, tetapi mereka yang terlibat dengan industri muzik mesti berganding bahu untuk mengatasi cabaran-cabaran berkaitan dengan pemasaran, pendapatan royalti, pengimportan peralatan muzik dan lain-lain lagi.
Sebelum menyertai 'Music Hive', Chua mempunyai pengalaman melebihi 35 tahun dalam sektor korporat.
Menurutnya, latihan and pemasaran alat muzik mempunyai potensi yang besar di Malaysia.
Chua berkata, saiz global pasaran alat muzik bernilai AS$9.8 bilion pada 2020 dan dijangka mencecah AS$11.5 bilion menjelang 2030.
“Pada masa kini kebanyakan alat-alat muzik yang ada di pasaran Malaysia diimport dari negara China. Berdasarkan dengan data jualan yang ada, tiga alat muzik terlaris teratas ialah piano, gitar dan biola.
“Satu contoh adalah alat muzik bukan sahaja menempatkan gitar Jeffrey Yong (JY Guitars) di pasaran antarabangsa tetapi juga sebagai salah satu luthier terkemuka di dunia,' kata Chua.
“Isunya bukan hanya jualan atau pasaran alat-alat muzik tetapi saya mendapati ramai yang menggemari muzik dan perkembangannya tetapi takut untuk meneroka lebih mendalam kerana mereka menyangka bahawa industri muzik hanya berfokus untuk pasaran niche.
“Saya menggalakkan seramai mungkin orang meneroka dunia muzik dan bagaimana anda boleh menggabungkan dengan kehidupan seharian anda,' kata Dr Janet Lee.
Dr Janet berkata, terdapat beribu-ribu alat muzik di luar sana yang boleh dibahagikan kepada tiga kategori yang utama iaitu alatan muzik moden, alatan muzik klasik dan alatan muzik tradisional.
“Pada masa dahulu seorang pelajar akan mengambil masa yang lama untuk bermain sebuah alat muzik di peringkat profesional.
“Tetapi pada kini, misalnya jika seorang pelajar sekolah atau pelajar dewasa yang ada minat untuk belajar bermain piano pintar atau digital, ada aplikasi tertentu untuk memudahkan process pembelajarannya.
“Sama juga dengan peralatan muzik yang lain, contohnya Electric Bass, Drums, Keyboards dan lain-lain lagi,' kata Dr Janet.
Beliau berkata, satu faktor yang penting ialah kebanyakan alat muzik moden menggabungkan teknologi metaverse.
Ini membolehkan para pelajar muzik baru menyesuaikan diri dengan cepat dan berinteraksi secara bebas dengan alat muzik moden yang mereka miliki.
Pengurus 'Hive Music' Elvin Leong, firma ABRSM,UK telah memberi satu demonstrasi dengan menggunakan 'Piano Pintar'(Smart Piano) jenama P. Ramlee.
Beliau berkata,' Menggunakan Piano Pintar menyeronokkan dan mudah. Sesiapa sahaja boleh mula memainkan karya piano pertama anda dalam beberapa minit.
“Beribu-ribu helaian muzik percuma, kursus rancak yang direka dengan baik, pelajaran video berkualiti tinggi atau permainan piano. Hanya bermain mengikut rentak anda sendiri mengikut cara pilihan anda, bila-bila masa dan di mana-mana sahaja anda mahu,” ujarnya.
Chua berkata, 'Potensi untuk mengembangkan pasaran peralatan muzik di Sabah adalah positif dengan pulihnya ekonomi di pelbagai sektor dan satu lagi sebab ialah penduduk di sini mempunyai bakat semulajadi untuk muzik.' – DagangNews.com