Infomina menang kontrak RM35 juta sediakan perkhidmatan teknologi kepada JPN | DagangNews Skip to main content

Infomina menang kontrak RM35 juta sediakan perkhidmatan teknologi kepada JPN

Oleh Mohamad Iman

KUALA LUMPUR 1 Ogos - Firma perkhidmatan teknologi maklumat Infomina Bhd memangi kontrak tiga tahun bernilai RM34.71 juta untuk menyediakan operasi teknologi dan infrastruktur serta perkhidmatan sokongan kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

 

Kontrak tiga tahun itu diberikan oleh Kementerian Dalam Negeri, kata syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia pada Rabu.

 

Infomina berkata kerja itu melibatkan penyediaan sokongan utama kepada aplikasi teras JPN, termasuk pengurusan data dan storan, automasi beban kerja, pengurusan laporan dan analisis, dan pengurusan pangkalan data holistik.

 

 

jpn

 

 

Syarikat menjangkakan kontrak itu akan menyumbang secara positif kepada pendapatannya dalam tempoh kontrak.

 

Bagi suku keempat berakhir 31 Mei 2024, Informina melaporkan kenaikan 9.89% dalam keuntungan bersih kepada RM8.05 juta didorong oleh peningkatan 1.71% dalam hasil kepada RM58.53 juta, hasil sumbangan pendapatan yang lebih tinggi daripada reka bentuk dan penghantarannya penyelesaian infrastruktur teknologi

 

Pada pertengahan Jun, anak syarikat Infomina, Infomina (Thailand) Co Ltd menerima tempahan bernilai AS$11.39 juta (RM53.6 juta) daripada sebuah bank di Thailand untuk menjalankan operasi aplikasi teknologi dan infrastruktur, penyelenggaraan dan perkhidmatan sokongan. - DagangNews.com