Jalan Tasik Lestari selesaikan isu kesesakan lalu lintas di Taman Tasik Taiping | DagangNews Skip to main content

Jalan Tasik Lestari selesaikan isu kesesakan lalu lintas di Taman Tasik Taiping

Khairul Amir Mohamad Zubir (tiga dari kanan) merasmikan pembukaan Jalan Tasik Lestari di Taman Tasik Taiping, Perak hari ini
Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 28 Jan - Jalan baharu yang dinamakan sebagai Jalan Tasik Lestari di Taman Tasik Taiping, Perak hari ini dibuka secara rasmi sebagai tempoh percubaan kepada pengguna kenderaan.

 

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Taiping (MPT), Khairul Amir Mohamad Zubir berkata, pembinaan jalan tersebut menelan kos sebanyak RM800,000 melalui peruntukan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

 

Jelasnya, pembinaan jalan dua hala sepanjang 750 meter itu bermula sejak 22 Julai tahun lepas dan siap sepenuhnya bulan ini.

 

"Jalan Tasik Lestari menghubungkan Jalan Pekeliling, Taman Tasik Taiping dengan jalan di Taman Saw Ah Choy berhampiran bulatan Hotel Flemington merupakan salah satu usaha dilaksanakan MPT bagi menyelesaikan isu kesesakan lalu lintas di sebahagian Taman Tasik Taiping.

 

"Di samping itu, jalan tersebut dapat mengurangkan tekanan kepada pokok-pokok hujan yang terdapat di kawasan tersebut," katanya dalam mesyuarat penuh MPT.

 

 

mpt

 

mpt

 

mpt

 

Katanya, pengguna jalan raya dinasihatkan mematuhi papan arah yang disediakan supaya laluan tersebut berjalan lancar tanpa sebarang insiden. - DagangNews.com