Jati Tinggi raih kontrak pemasangan kabel RM41 juta di Selangor | DagangNews Skip to main content

Jati Tinggi raih kontrak pemasangan kabel RM41 juta di Selangor

Oleh Mohamad Iman

KUALA LUMPUR 21 Ogos - Jati Tinggi Group Bhd (JTGB) telah menerima surat anugerah (LoA) daripada Worktime Engineering Sdn Bhd untuk kerja-kerja sub-kontrak bernilai RM41.07 juta.

 

Projek itu melibatkan pemasangan kabel bawah tanah XLPE aluminium 33 kilovolt dan aksesori di Selangor.

 

Skop kerja termasuk pemasangan kabel kuasa, kabel gentian optik, kerja sambungan dan penamatan, bersama-sama dengan semua tugas sampingan yang berkaitan.

 

Menurut maklumannya di Bursa Malaysia, kontrak itu akan bermula pada 20 Ogos 2024, dan dijangka siap dalam tempoh 22 bulan.

 

 

jati tinggi

 

 

JTGB menyatakan bahawa LoA tersebut dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan masa depan syarikat, pendapatan sesaham, dan aset bersih sesaham dalam tempoh kontrak.

 

Lembaga pengarah syarikat JTGB, selepas mempertimbangkan semua aspek LoA, percaya bahawa menerima anugerah itu adalah demi kepentingan terbaik syarikat. - DagangNews.com