JBL Perkenal dua varian baharu fon kepala dengan teknologi Adaptive Ambient | DagangNews Skip to main content

JBL Perkenal dua varian baharu fon kepala dengan teknologi Adaptive Ambient

 

NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR
[email protected]

 

KUALA LUMPUR 3 Nov - Bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-75, jenama peneraju global dalam industri audio membawakan dua penambahan baharu di bawah Siri Tour, JBL Tour ONE dan JBL Tour Pro+ TWS ke Malaysia.

 

JBL Tour ONE merupakan fon kepala atas telinga pembatal bunyi pintar dan JBL Tour Pro+ TWS adalah fon kepala dalam telinga tanpa wayar yang menerima pengiktirafan Inovasi Terbaik dalam Anugerah Inovasi CES. 

 

Selain Pembatalan Bunyi Adaptif, fon kepala JBL itu dilengkapi dengan JBL Pro sound, teknologi Adaptive Ambient dan TalkThru, direka untuk golongan perniagaan profesional yang inginkan teknologi, ciri-ciri pintar dan rekaan yang kemas. 

 

JBL Tour ONE menawarkan teknologi Pembatalan Bunyi Adaptif True, yang mengawasi bunyi persekitaran dan menyesuaikan dengan segera ke tahap pembatalan bunyi yang paling sesuai untuk persekitaran pengguna, menyingkirkan gangguan dalam masa sebenar. 

 

SilentNow juga membolehkan pengguna menyentuh butang khas untuk mengaktifkan mod pembatalan bunyi tanpa mengaktifkan Bluetooth, untuk pengasingan sepenuhnya dari bunyi persekitaran.
 

Produk itu juga menampilkan Mod Audio Pintar dari HARMAN yang membolehkan pengguna mengoptimumkan sambungan Bluetooth untuk “pendengaran biasa”, meningkatkan kestabilan bunyi dalam “mod muzik” atau menonton video dengan masa tangguhan rendah ”mod video”. 

 

JBL

 

JBL Tour Pro+ TWS pula memberikan penyelesaian tanpa wayar sebenar yang sesuai bagi penggemar fon telinga. 

 

Teknologi Pembatalan Bunyi Adaptif menghalang semua bunyi dari luar atau membenarkan audio latar sekiranya pengguna ingin peka terhadap persekitaran mereka. 

 

Padanan Segera memadankan fon telinga secara automatik kepada peranti pengguna Android sebaik saja bekasnya dibuka, manakala Sambungan Dual + Sync memberi pilihan untuk mendengar muzik atau membuat panggilan dengan lancar menggunakan satu atau kedua-dua fon telinga. 

 

“Melalui penambahan terkini kepada rangkaian produk JBL, kami ingin memberikan pengalaman terbaik kepada rakyat Malaysia, sama ada melalui muzik, menonton video, bermain atau berhubung dengan keluarga dan rakan-rakan,” kata Pengarah Urusan Global Best United iaitu pengedar tunggal sah JBL di Malaysia, Henry Yap.

 

Seiringan dengan sambutan ulang tahun jenama itu, JBL akan mengadakan jualan ulang tahun ke-75 di seluruh Malaysia. 

 

Orang ramai boleh menikmati potongan harga sebanyak 30% ke atas pembesar suara JBL Charge 4 dan JBL Flip 5 manakala potongan harga 35% ke atas produk fon kepala pembatal bunyi JBL iaitu JBL Tune 750 BTNC, dan JBL Tune 225 TWS di semua cawangan jualan dalam talian (Shopee, Lazada, jblonlinestore.com.my) dan kedai berhampiran anda.-DagangNews.com