Jom ‘berperang’ di peta baharu ‘Livik’ PUBG Mobile! | DagangNews Skip to main content

Jom ‘berperang’ di peta baharu ‘Livik’ PUBG Mobile!

pubg

KUALA LUMPUR 9 Julai - Winner Winner, Chicken Dinner!

Buat julung kalinya PUBG Mobile memperkenalkan peta perang eksklusif yang baharu bagi versi mudah alih. 

Peta baharu ‘Livik’ berkenaan memaparkan kawasan pertempuran ‘royale’ yang bertemakan pemandangan ala-ala Nordic menerusi kemas kini kandungan 0.19.0.

Kemaskini versi itu boleh dimuat turun secara percuma untuk pengguna iOS dan Android. 

Livik yang membawa pengalaman si pemain dalam saiz kilometer yang sama direka khas untuk pertunjukan 52 pemain epik bagi  aksi yang lebih lincah dalam perlawanan berdurasi 15 minit. 

Livik juga memperkenalkan peta gear serta kenderaan eksklusif seperti ‘P90 sub-machinegun’, ‘Mk12 marksman rifle’ dan ‘Monster Truck’.

Peta berkenaan masih dalam peringkat Beta dan akan terus dikemaskini bagi pengalaman permainan yang lebih menarik.

Selain itu, kemaskini kandungan 0.19.0 itu turut menawarkan penambahan ciri-ciri seperti:

Bonfire Mode Gameplay

Pemain yang sedang menunggu giliran untuk Erangel dan  Miramar berpeluang untuk merasai permainan baharu ini di mana tiga item unik boleh dijumpai dalam peta Livik. Patung kecil (small statues) boleh dibakar untuk memperoleh item. Patung Besar (Giant Statues) pula mempunyai beberapa peringkat binaan yang akan berubah-ubah dan terbakar pada peringkat akhir. Kem Statue tersedia di sekeliling Statues dan bekalan item boleh ditemui di dalam khemah, 

Livik Firearm Special Training Event

Ketika perlawanan berlangsung, pemain boleh mencari 'Experimental Trial Weapon Crate' di sekitar peta Livik yang mengandungi senjata istimewa. Senjata itu lebih hebat daripada senjata biasa di mana beri lebih kelebihan ketika pertempuran berlaku. 

Cheer Park

Di sini adalah tempat bagi lebih 20 pemain untuk berinteraksi yang diperhebatkan lagi dengan ciri-ciri baharu. Ini termasuklah parit dalam 'Shooting Range', penambahan pelancar ke belon udara panas, 'Bubble Emotes' baharu dan sebagainya.

Ciri-ciri tambahan lain yang terdapat dalam kemaskini 0.19.0 adalah:

 

Lampiran Arena Baru

Pemain akan dilengkapi dengan Barrel Extender lampiran ‘muzzle’ di kebanyakan sniper rifles, rifles dan SMG. Lampiran itu meningkatkan saiz senjata api dan mengurangkan jarak tembakan. 

 

Acara Pemanasan Season

Di penghujung Season 13, pemain boleh menyenaraikan kumpulan yang terdiri daripada empat orang dalam Classic Mode untuk melengkapkan misi serta memperoleh mata kedudukan Season 14.

Pelarasan Pertempuran Asas

Beberapa penambahbaikan telah dilakukan dalam tab 'Pick Up', tetapan 'Combat Operation', paparan 'Parachuting Gauge' dan sebagainya. 

Pelbagai Penambahbaikan

Ciri-ciri sistem, mesej radio, baucer, sistem 'Guncraft', pelengkap ciri lampiran senjata api, kelajuan muat turun, kedudukan pencapaian, klasifikasi 'Clan', ciri lencana 'Ace', ciri tetapan dan 'Brothers in Arms' semuanya telah dikemaskini dan dipertingkatkan.  - DagangNews.com