Jumlah jualan Kossan dijangka meningkat pada separuh kedua tahun ini - PublicInvest | DagangNews Skip to main content

Jumlah jualan Kossan dijangka meningkat pada separuh kedua tahun ini - PublicInvest

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 23 Julai - Kossan Rubber Industries Bhd diramal menyaksikan peningkatan dalam jumlah jualannya pada separuh kedua 2024 disokong pertambahan permintaan daripada pelanggan.

 

Public Investment Bank Research (PublicInvest) berkata, kebanyakan pelanggan sedang menambah emula inventori mereka yang semakin berkurangan.

 

Katanya, kumpulan itu beroperasi pada kadar penggunaan 60% berdasarkan kapasiti 24.5 bilion keeping setahun, meningkat daripada 50% pada suku keempat tahun lalu.

 

Firma penyelidikan itu berkata, Kossan sebelum ini telah menutup empat loji lama dengan jumlah kapasiti 3 juta pada tahun kewangan 2023 

 

"Sekiranya jumlah jualan terus meningkat, kami menjangkakan kadar penggunaan kumpulan mencecah kira-kira 70% pada separuh kedua 2024," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

 

Sementara itu, PublicInvest berkata harga bahan mentah, iaitu nitril butadiena, dijangka kembali normal pada separuh kedua tahun ini dan dipercayai akan membawa kepada margin yang lebih tinggi dalam segmen sarung tangan pada masa hadapan.

 

Katanya, kumpulan itu kekal paling berdaya tahan dalam kalangan rakan setaranya, dengan 33% had tunai kepada pasaran bersih.

 

Walaupun menjangkakan kumpulan itu melaporkan pendapatan yang lebih tinggi, firma penyelidikan itu berpendapat penilaian semasanya sebahagian besarnya mencerminkan pandangan positif ini.

 

"Oleh itu, kami mengekalkan penarafan neutral kami pada Kossan, dengan harga sasaran (TP) tidak berubah pada RM2.36," katanya.- DagangNews.com