KUALA LUMPUR 3 Mac - RHB Research mengunjurkan kadar penggunaan purata loji pengeluaran kejuruteraan polimer Texchem Resources Berhad meningkat kepada kadar lebih baik kepada 70%.
Firma berkata, jualan bagi unit itu sedang pulih secara beransur-ansur selepas terdapat penyambungan pesanan daripada pembuat pemacu cakera keras (HDD) utama pada suku pertama 2023.
"Selain itu, permulaan produk baharu daripada sains hayat perubatan dan segmen HDD dijangka mula menyumbang bermula separuh kedua 2023 dan seterusnya.
"Ia merupakan projek baharu untuk pemain semikonduktor utama.
"Projek-projek baharu ini mempunyai margin keuntungan lebih tinggi dan boleh menyumbang secara positif kepada pertumbuhan menjelang FY23," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.
Firma itu berkata, jumlah jualan untuk sayap perindustrian semakin pulih secara beransur-ansur dengan melonggarkan pelarasan inventori pelanggan dan menstabilkan harga bahan kimia.
Katanya, strategi kumpulan untuk menembusi akaun utama berjaya membuahkan hasil dengan pelanggan utama baharu dari Eropah.
Sementara itu, firma itu berkata, kumpulan itu juga merancang untuk membuka 26 kedai baharu merangkumi sembilan restoran dan 17 kiosk pada tahun ini dengan tumpuan terhadap kawasan pinggir bandar yang kurang ditembusi kerana persaingan yang lebih rendah, sewa, dan kos tenaga kerja.
Firma itu berkata, pelbagai menu menarik yang disediakan akan membantu mengurangkan sehingga dua pertiga daripada peningkatan kos kumpulan.
Firma itu mengekalkan saranan 'beli' dengan harga sasaran (TP) RM3.60 sesaham. - DagangNews.com