Kelewatan pelancaran pakej utama MRT3, RHB Investment unjur Econpile berdepan cabaran raih kontrak baharu | DagangNews Skip to main content

Kelewatan pelancaran pakej utama MRT3, RHB Investment unjur Econpile berdepan cabaran raih kontrak baharu

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 13 April - Econpile Holdings Berhad dijangka berdepan cabaran untuk meningkatkan kadar pertambahan kerja memandangkan kelewatan pelancaran pakej kontrak utama untuk MRT3.

 

RHB Investment berkata, kumpulan itu perlu menunggu lebih lama untuk mendapatkan kontrak kerana penyertaan mereka hanya sebagai subkontraktor.

 

Firma itu berkata, dengan andaian garis masa projek itu sama seperti MRT2, kumpulan itu hanya akan mengetahui keputusan tender selepas tujuh bulan daripada tarikh pemberian pakej kerja utama pada separuh kedua 2023.

 

"Selain itu, pelancaran projek pembangunan hartanah abharu yang lebih perlahan daripada pemaju juga memberi kesan kepada pertambahan kerja kumpulan itu," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

 

Firma itu menyemak turun unjuran pendapatan kumpulan itu bagi FY23 lebih 30% selepas mengambil kira kos yang semakin meningkat daripada kontrak yang diperoleh dalam pada 2020 dan 2021 tetapi mengekalkan pendapatan FY24-25 dengan menggabungkan pengurusan kos yang lebih baik.

 

Walaupun kontrak baharu yang dicagarkan oleh kumpulan itu telah menetapkan harga dalam kos bahan yang lebih tinggi, kesan kos yang lebih tinggi mungkin masih dirasai daripada pekerjaan yang dimenangi sebelum ini (terutamanya sebelum krisis Rusia-Ukraine seperti kompleks hiburan Naga 3 di Kemboja).

 

"Kebanyakan projek yang diperoleh adalah projek pembangunan hartanah swasta (60% daripada jumlah hasil) yang tidak mempunyai variasi klausa harga," katanya.

 

Firma itu mengekalkan saranan 'jual' dengan harga sasaran (TP) 16 sen sesaham. - DagangNews.com