Kelington peroleh kontrak baharu RM413 juta sejak Julai 2024 | DagangNews Skip to main content

Kelington peroleh kontrak baharu RM413 juta sejak Julai 2024

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 9 Sept - Penyedia rumusan kejuruteraan bersepadu, Kelington Group Bhd memperoleh kontrak baharu berjumlah RM413 juta sejak Julai 2024.

 

Kumpulan itu berkata, majoriti projek itu diperoleh di Malaysia dan China, mencerminkan kehadiran kukuh kumpulan itu didalam kedua-dua pasaran.

 

Katanya, kemenangan baru-baru ini menjadikan jumlah nilai kontrak yang dijamin tahun ini kepada RM977 juta.

 

"Keupayaan kumpulan memenangi kontrak secara konsisten menunjukkan kepimpinan industrinya dalam projek ketulenan ultra tinggi (UHP), kejuruteraan proses dan perkhidmatan kontrak am.

 

"Kelington memberi perkhidmatan kepada pelbagai segmen pelanggan, termasuk industri semikonduktor, elektronik dan petrokimia, dan dengan operasi merentas pasaran utama seperti Malaysia, China dan Singapura," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

 

kelingtom
Ir. Raymond Gan

 

Ketua Pegawai Eksekutif Kelington, Ir. Raymond Gan berkata, China terus menjadi pemacu pertumbuhan utama dengan fasa ketiga yang dilancarkan oleh Dana Pelaburan Industri Litar Bersepadu China, juga dikenali sebagai 'Dana Besar'.

 

Beliau berkata, menurut SEMI, China bersedia untuk menerajui pasaran global dengan 18 fabrik semikonduktor baharu pada 2024, memberikan peluang besar kepada Kelington untuk mengembangkan lagi operasi kumpulan

 

Kapasiti fabrikasi semikonduktor global dijangka berkembang dengan ketara, didorong peningkatan permintaan bagi pemprosesan kecerdasan buatan (AI) dan pengkomputeran awan.

 

"Ini menyemarakkan perlumbaan untuk membangunkan cip berprestasi tinggi, yang memberikan peluang yang lebih besar untuk Kelington bagi mengambil bahagian dalam projek termaju.

 

"Walaupun pasaran teras kami di Malaysia, China dan Singapura kekal kukuh, kami juga meneroka peluang baharu di Jerman dan Hong Kong.

 

"Peluasan ini akan membuka aliran pendapatan baharu dan mempelbagaikan portfolio global, meletakkan kumpulan untuk pertumbuhan antarabangsa yang lebih luas," katanya.- DagangNews.com