Kempen 'Gerila Haruman' tampilkan 5 haruman baharu Bliese | DagangNews Skip to main content

Kempen 'Gerila Haruman' tampilkan 5 haruman baharu Bliese

 Kempen 'Gerila Haruman' tampilkan 5 haruman baharu Bliese

Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
arief@dagangnews.com

 

 

KUALA LUMPUR 16 Mac. - Syarikat pengeluar wangian terkenal, Bliese (M) Sdn. Bhd. (Bliese) melancarkan kempen 'Gerila Haruman' bagi memenuhi dan meluaskan pengaruh jenamanya dalam pasaran tempatan.

 

Lebih menarik, kempen yang bermula pada 15 Mac 2021 itu turut menampilkan lima koleksi haruman baharu bagi menggantikan lima haruman yang sedia ada.

 

Pengarah Urusannya, Mohd. Suhaimi Saiful berkata, produk Bliese berjaya mendapat sambutan yang sangat positif daripada rakyat Malaysia setelah mencipta nama lebih dari setahun.

 

Mohd. Suhaimi Saiful
Mohd. Suhaimi Saiful

 

"Ini kerana pewangi serbaguna Bliese ini merupakan campuran bahan pati wangian tulen yang diadun bersama minyak aromaterapi dan  yang pertama di Malaysia. Bahan ini pastinya selamat digunakan dan bebas daripada bahan DPM yang mampu membuatkan pengguna terdedah kepada bahaya kanser atau implikasi lain.

 

"Bliese bekerjasama dengan kilang wangian dari Eropah demi memastikan tahap kualiti terjamin dengan mendapat kelulusan dari International Fragrance Association (IFRA)," katanya dalam satu kenyataan.

 

Menyambut kemunculan lima haruman baharu, lima haruman sedia ada dihentikan pengeluaran iaitu Seoul Spell, Tokyo Blossom, Tea Rose, Boston Berries dan Istanbul Island.

 

 

Berikut pula adalah lima haruman baharu yang dikeluarkan bermula semalam;

1) Cherry Ellison

  • Kemanisannya akan membuatkan anda seperti di taman bunga yang mekar.
  • Campuran floral Bersama buah Ceri dan Laici pasti membawa keseronokkan dalam hidup anda.

 

2. Forest Musk

  • Bauan lembut campuran Strawberry, Blueberry, Raspberry dan Plum akan menyerikan hidup anda dengan haruman yang wangi dan manis.

 

3. Tropical Buffet

  • Rindukan bercuti di pulau? Campuran buah-buahan tropikal Mangga harum manis, Nenas dan Papaya yang menyegarkan ini akan membuatkan anda seperti di kepulauan Hawaii.

 

4. Love Page

  • Seperti namanya, ia memberi bauan romantik dan menggoda dengan campuran floral Ros, Orange Blossom dan Grapefruit. 
  • Bauannya yang begitu lembut memikat anda ke alam percintaan.


 

5. Morning Gates

  • Bauan embun pagi yang dicampur dengan floral vanilla dan buah Citrus dan Grapefruit.
  • Mulakan hari anda dengan bauan yang tenang dan manis.

 

.

 

Mengulas lanjut, beliau memberitahu, Bliese turut memberi tumpuan penuh dalam membina rangkaian perniagaan melalui sistem ejen demi melahirkan usahawan yang berdaya saing dan berkemampuan.

 

Bagi tempoh tahun pertama penubuhan Bliese, jenama berkenaan berjaya mencatatkan nilai jualan sebanyak RM12 juta.

 

Menempuhi tahun 2021 pula, jenama berkenaan meletakkan sasaran untuk mencapai jualan sebanyak RM40 juta. - DagangNews.com