KUALA LUMPUR 2 Julai - Pengendali taman tema terkemuka, Sunway melancarkan kempen 'Ke Sana Ke Sini Ke Sunway' sebagai langkah untuk meningkatkan pelancongan domestik.
Ketua Pegawai Eksekutif pusat beli-belah Sunway dan Taman Tema, HC Chan berkata, kempen itu diperkenalkan setelah pengumuman pembukaan sebahagian besar sektor ekonomi dan bakal bermula pada 6 Julai ini.
"Sunway menawarkan kempen 'Ke Sana Ke Sini Ke Sunway' sebagai pakej menarik untuk percutian dan pelancongan domestik. Dan sebagai pemain pelancongan utama, kami juga perlu memainkan peranan sebagai pemula kepada usaha pelancongan di dalam negara.
"Pakej ini sangat menarik kepada orang ramai dan sejajar dengan usaha kerajaan untuk merancakkan lagi pelancongan demostik dengan pengumuman pelepasan cukai RM1,000. Ramai yang boleh menikmati percutian ini dengan harga yang berpatutan bersama keluarga dan rakan-rakan di Amazing Sunway City Kuala Lumpur," katanya dalam satu kenyataan.
Kempen ini juga menawarkan pakej esklusif dengan diskaun 70% daripada harga sebenar di Sunway City Kuala Lumpur.
Tambahnya, dengan harga RM499, pakej tersebut adalah termasuk penginapan bagi dua malam di Hotel Sunway Pyramid untuk dua orang dewasa dan dua kanak-kanak, tiket masuk ke Sunway Lagoon bagi dua orang dewasa dan dua orang kanak-kanak berserta baucer layanan keluarga bernilai RM200 daripada Sunway Pyramid.
"Harga asal pakej itu adalah RM1,599. Orang ramai boleh membuat pembelian pakej tersebut bermula 6 hingga 20 Julai 2020 dan boleh digunakan pada 7 Julai hingga 31 Oktober 2020.
"Pelancaran kempen ini juga tepat pada masanya kerana Taman Tema Sunway Lagoon akan mula beroperasi sepenuhnya pada 4 Julai," jelasnya. - DagangNews.com