Kenaikan harga gas asli akan jejas margin keuntungan Malaysia Smelting Corporation, kata Malacca Securities | DagangNews Skip to main content

Kenaikan harga gas asli akan jejas margin keuntungan Malaysia Smelting Corporation, kata Malacca Securities

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 20 Feb - Malacca Securities kekal berhati-hati dengan peningkata harga gas asli yang mungkin menjejaskan margin keuntungan Malaysia Smelting Corporation Berhad.

 

Bagaimanapun, firma itu menjangkakan margin keuntungan bersih kumpulan kekal pada kadar satu digit.

 

Firma itu berkata, normalisasi lanjutan harga timah mula stabil pada awal November 2022 sebelum mencatatkan peningkatan didorong prospek yang lebih baik kesan daripada pelonggaran sekatan COVID-19 di China.

 

"Kami menjangkakan harga timah akan kekal pada paras AS$25,000 bagi setiap tan dengan permintaan semakin perlahan daripada sektor elektronik pengguna tetapi akan diimbangi dengan baik oleh kadar peralihan tenaga global berikutan peningkatan penggunaan teknologi hijau.

 

"Kami juga menjangkakan lebihan semasa inventori dalam London MEtal Exchange (LME) pada paras 3,145 tan pada pertengahan Februari 2023 (menurun berbanding 4,430 tan pada awal November 2022," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

 

Terdahulu, untung bersih teras kumpulan itu pada 4QFY22 menyusut 59.6% kepada RM25.9 juta kesan daripada harga timah yang lebih rendah bagaimanapun hasil bagi suku berkenaan meningkat 53.4% kepada RM391.2 juta.

 

Untung bersih teras FY22 berada pada RM98.4 juta berjumlah 112.1% daripada unjuran untung bersih kami sebanyak RM87.8 juta dan 112.3% daripada konsensus unjuran untung bersih pada RM87.6 juta.

 

Firma itu menyemak naik unjuran keuntungan teras kumpulan antara 5% hingga 8% kepada RM102.7 juta, RM114.4 juta dan RM117.6 juta bagi FY23 hingga FY25 selepas mengambil kira penyesuaian kadar pemulihan harga timah dan caj susut nilai yang lebih rendah.

 

Firma itu mengekalkan saranan 'pegang' dengan harga sasaran (TP) RM1.96 sesaham. - DagangNews.com